Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ja.an] | ڤوجاءن

Definisi : 1. sesuatu (orang dll) yg dipuja(-puja): penyanyi (penari dll) ~; ~ hati buah hati, kekasih; 2. sesuatu yg dipakai atau dilakukan utk (ketika) memuja: api ~; dupa ~; tarian ~; 3. = pemujaan; 4. Jw, sl yg dijadikan dgn mantera, yg dipuja: panah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ja.an] | ڤوجاءن

Definisi : sesuatu yg dipuja: gadis ~ gadis yg amat dicintai; penyanyi ~ penyanyi yg disukai ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pujaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
idol (psychology)pujaan (psikologi)PendidikanTiadaTiada
idol (psychology)pujaan (psikologi)SejarahTiadaTiada
personality cultpujaan tokohSejarahTiadaAliran atau kecenderungan sesuatu kumpulan untuk memuja secara berlebih-lebihan seorang tokoh dalam masyarakat.
hypocorismnama timanganKesusasteraanTiadaNama pujaan yang selalu ditemui dalam puisi lirik, misalnya "buah hati", "gunung payung" dan sebagainya, ditujukan kepada kekasih atau seumpamanya.
dolmen deitydewi kuburanSejarahTiadaBentuk pujaan yang dilukis pada batu dan dinding kubur yang berbagai-bagai bentuk dijumpai di bahagian barat Eropah, seperti bentuk okulus yang memperlihatkan mata dan kening, bahagian dada membuktikan imej wanita yang dianggap 'Ibu Bumi' yang mengawal kematian dan kesuburan manusia.
purbawarapurbawaraKesusasteraanTiadaPersembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merupakan sebahagian daripada genre sandiwara yang merangkumi drama sejarah dan ceterawara. Dalam purbawara mengisahkan tentang kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, Sejarah Johor dan tokoh pahlawan. Namun, kemudiannya purbawara menyerap cerita moden yang menyentuh isu semasa. Antara cerita yang dipentaskan ialah Robohnya Kota Lukut karya Kala Dewata, Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrum Husain, Gugurnya Melati Pujaan Temasik oleh Atan Ali, dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang.

Kembali ke atas