Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.jian] | ڤوجين

Definisi : pernyataan memuji, kata-kata utk memuji: sambil memandang guru memberikan ~, nasihat dan galakan kpd murid-muridnya; ubat ini sudah mendapat ~ drpd pemakai-pemakainya; doa (sembahyang) ~ Id doa bersama-sama pd petang hari utk memuliakan Tuhan (Roman Katolik); surat ~ surat yg mengandungi pernyataan memuji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.jian] | ڤوجين

Definisi : kata-kata utk memuji; pernyataan memuji: Engkaulah Tuhan yg semestinya menerima segala ~ dan Tuhan bagi seru sekalian alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pujian

Peribahasa

Sepahit-pahit mambu,
     kelatnya menjadi obat (ubat).

Bermaksud :

Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exordiumeksordiumKesusasteraanTiadaBahagian awal teks yang memuat tentang asal mula penulisan naskhah termasuk puji-pujian kepada Tuhan, puji-pujian kepada raja dan asal usul pengarangnya. Contoh: eksordium dalam Syair Perang Makasar atau Manggala dalam Kakawin Bharatayuddha.
shi�r ?l-m?d?shi�r ?l-m?d?KesusasteraanTiadaPuisi Arab yang mengandungi unsur pujian. Shi�r ?l-m?d? mempunyai dua bentuk. Bentuk pertama ialah puisi yang dicipta untuk mendapatkan habuan. Contohnya, dalam karya al-Nabighah al-Dhubyani penyair zaman jahiliah berjudul Mu�allaqat. Bentuk kedua ialah puisi yang dicipta secara ikhlas untuk seseorang yang disanjung tanpa mengharapkan sebarang habuan. Bentuk puisi pujian ini agak memberangsangkan pada zaman awal Islam, terutamanya karya Zuhayr ibn Abi Sulma yang menulis puisi pujian secara jujur. Contoh dalam sastera Parsi ialah syair tulisan Rundaki dan �Unsuri yang terdapat dalam Divan.
praisepujianPendidikanTiadaTiada
commendation wordskata pujianPentadbiranTiadaTiada
bravo (It)bagusKesenianTiadaPujian untuk persembahan yang cemerlang.
doxologydoksologiPendidikanTiadaUngkapan pujian terhadap tuhan.
panegyricpanagirikKesusasteraanTiadaKata-kata pujian sama ada dalam bentuk tulisan formal atau lisan yang menyanjung seseorang di atas sesuatu kejayaan yang dicapainya.
lauda (L)laudaKesenianTiadaHim pujian.
paeanpaeanKesusasteraanTiadaLagu puji-pujian untuk menyatakan keseronokan dan meraikan kemenangan. Pada asalnya, paean ialah lagu kesyukuran khususnya untuk Dewa Apollo sempena meraikan kemenangan dalam peperangan. Seterusnya, kegunaan paean diperluaskan kepada dewa lain dan tokoh dalam tentera.
litanylitaniKesusasteraanPuisiPuisi doa dan pujian yang dibawakan secara bersama-sama atau beramai-ramai dalam sesuatu majlis yang ada hubungan dengan agama atau kepercayaan. Contohnya, berzanji.
1234

Kembali ke atas