Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.kah] | ڤوکه

Definisi : patah, rekah atau bengkok patah (dahan kayu dll); memukah memecah, mengopak, merosak­kan: setitik air pun tidak ada, ini tentu Berahim yg ~ gelung kita semalam; kami ~ papan pd dinding pondok itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pukah

Peribahasa

Ular biar mati,
     tanah jangan lekuk,
buluh jangan pukah.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ikan biar dapat, serampang jangan pukah.Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar ular mati, kayu tiada patah). serampang = tempuling; pukah = bengkok, patah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah.Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar ular mati, kayu tiada patah.Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan biar dapat, serampang jangan pukah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan.Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas