Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.kal] | ڤوکل

Definisi : 1. bongkah, gumpal, ketul (emas dll); sepukal segumpal, sebongkah; emas ~ emas sebongkah, emas kimpal, emas tampan; keris ~ a) keris ganja iras; b) keris yg lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yg berlok); taat setia yg ~ taat setia yg tidak berbelah bagi; 2. Kd bernas, tepat; jawabannya ~ jawabannya bernas (tepat); memukal menjadikan pukal (bongkah, gumpal, ketul): ~ emas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.kal] | ڤوکل

Definisi : 1 bongkah; ketul; gumpal (bkn emas dll). 2 dlm kuantiti yg banyak: Minyak kelapa sawit diisikan ke dlm tangki utk dieksport secara ~. 3 tidak berbelah bagi (bkn hati dll): Oleh itu, terimalah pengajaran ilmu pengetahuan itu dgn hati yg tabah dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukal (kata nama)
1. Dalam konteks emas
bersinonim dengan bongkah, gumpal, ketul,

2. Dalam konteks jawapan
bersinonim dengan bernas, tepat,

3. Dalam konteks bayaran
bersinonim dengan tunai, kontan,
Berantonim dengan ansuran.



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kod Amalan ini disusun sebagai garispanduan mengenai prosidur mengendali dan menyimpan minyak sayuran dan keluaran-keluarannya bagi operator tangki simpanan pukal bagi memelihara mutu keluaran dan meminimakan risiko pencemaran untuk keselamatan makanan.

Soalan puan tidak jelas, jika puan maksudkan penyemakan pada ayat/ejaan yang disertakan, sila rujuk ayat ini - Kod Amalan ini disusun sebagai garis panduan mengenai prosedur mengendali dan menyimpan minyak sayuran dankeluarannya bagi operator tangki simpanan pukal bagi memelihara mutu keluaran dan meminimumkan risiko pencemaran dalam makanan.

Lain-lain02.10.2010
ASSALAMUALAIKUM, Bolehkah perkataan menguji terima digunakan bagi tajuk sebut harga seperti di bawah ;KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJITERIMA PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. Pihak kontraktor perlu membuat pengujian terlebih dahulu bagi memastikan roller-shutter door yang dipasang berfungsi dengan baik Sekian terima kasihWaalaikumsalam,

Untuk makluman tuan/puan perkataan/istilah “menguji terima” tidak terdapat dalam pangkalan data DBP , oleh itu, sila berikan ayat penuh atau istilah dalam bahasa Inggeris supaya pihak kami boleh  memberikan konsep dan terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu atau berdasarkan ayat tuan, tajuk sebut harga tersebut boleh digunakan seperti ini;  KERJA-KERJA MEMBAIKI, MENYELENGGARA SERTA MENGUJI PINTU 'ROLLER SHUTTER' DI STOR PUKAL MENARA KASTAM JOHOR. 

Istilah11.02.2019
Kata nama am yang memerihalkan wadah memasak mi goreng, kuetiau goreng dan nasi goreng secara pukal yang selalu dijajakan di pasar malam, pasar pagi/tani, bazar ramadan dan seangkatan dengannya. Wadah memasak itu selalunya mempunyai buntut leper dan permukaan luas serta diperbuat sejenis logam berwarna hitam.Dalam data kami terdapat istilah kuali leper yang merujuk maksud kuali bertangkai untuk menggoreng; kuali datar lekat yang bermaksud  kuali yang datar berbentuk segi empat atau bulat untuk memasak burger, telur dan penkek; dan kawah yang bermaksud  kuali besar tempat memasak nasi dan lain-lain. Yang manakalah tuan maksudkan?Penyemakan dan penterjemahan08.10.2018
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Tilt in Space Wheelchair 2. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Pipe Reclaim Conveyor 3.Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Tube Conveyor 4.Clay Mining Bulk Handling Gantry Crane 5.Clay Mining Bulk Handling Grab Barge Unloader 6.Clay Mining Bulk Handling Grab Ship Unloader 7.Clay Mining Bulk Handling Grizzly Feeder Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Tilt in Space Wheelchair - Kerusi Roda Ruang Boleh Condong

2. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Pipe Reclaim Conveyor - Konveyor Pulih Guna Paip Sawat Boleh Lentur Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

3. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Tube Conveyor - Konveyor Tiub Sawat Boleh Lentur  Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

4. Clay Mining Bulk Handling Gantry Crane - Kren Gantri Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

5. Clay Mining Bulk Handling Grab Barge Unloader - Pemunggah Barj Cekam Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

6. Clay Mining Bulk Handling Grab Ship Unloader - Pemunggah Kapal Cekam Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

7. Clay Mining Bulk Handling Grizzly Feeder - Penyuap Grizli  Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat
Istilah09.05.2016
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Cadaver Scissor Lift Trolley 2. Clay Mining Bulk Handling Apron Feeder 3. Clay Mining Bulk Handling Bucket Wheel Stacker Reclaimer 4. Clay Mining Bulk Handling Circular Stacker Reclaimer 5.Clay Mining Bulk Handling Chute Linings & Covers Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 

1. Cadaver Scissor Lift Trolley – Troli Angkat Mayat

2. Clay Mining Bulk Handling Apron Feeder – Penyuap Apron Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

3. Clay Mining Bulk Handling Bucket Wheel Stacker Reclaimer – Pemulih Guna Tindan Roda Timba Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

4. Clay Mining Bulk Handling Circular Stacker Reclaimer – Pemulih Guna Tindan Bulat Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

 5.Clay Mining Bulk Handling Chute Linings & Covers – Penutup dan Pelapik Pelongsor Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

Istilah04.05.2016
Boleh berikan saya maksud bagi perkataan-perkataan berikut: 1) Soft Launch 2) Bundle Sales 3) Data Bundles 4) key in 5) Pay Per Use Terima Kasih1) Soft Launch - pelancaran lunak/mudah
2) Bundle Sales - jualan pukal (cadangan kami)
3) Data Bundles - ikatan data
4) key in - masuk (data)
5) Pay Per Use - bayaran setiap penggunaan
Penyemakan dan penterjemahan16.06.2015
A. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat berikut, tolong perbetulkan dan jelaskan mengapa ? 1. Zarina berasa kecewa kerana terpaksa memecahkan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. 2. 'Malaysia, di sini lahirnya sekeping cinta ' merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57. 3. Lampin pakai campak keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas. 4. Encik Ali mengajar Geografi kepada murid-murid menengah atas. 5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan taraf keselamatannya yang kurang memuaskan. 6. Sempena jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli. 7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah sebab saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal. B. Bagaimana hendak tukarkan ayat tanya songsang kepada ayat tanya biasa bagi ayat berikut : 1. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa untuk membawa kunci ? C. Apakah peribahasa yang sesuai bagi kedua-dua ayat berikut ? 1. Pengadil bola keranjang itu dicemuh oleh penonton kerana bersikap _____________ ketika mengadili perlawanan. 2. Kehidupan keempat-empat anak yatim piatu di hujung kampung itu sungguh daif dan melarat umpama ________ . Terima kasih.1. Zarina merasa kecewa kerana menghampakan harapan keluarganya yang ingin melihatnya melanjutkan pelajaran di universiti. Ayat ini kurang tepat kerana penggunaan kata yang tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat penggunaan kata yang tepat, sila rujuk kamus atau layari laman web kami di www.prpm.dbp.gov.my. Ruang yang terhad ini tidak dapat menghuraikan satu demi satu kesalahan dan ayat selepas ini telah diperbaiki.
2. "Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta", merupakan slogan Hari Kemerdekaan yang ke-57.
3. Lampin pakai buang keluaran syarikat Huggies menawarkan potongan harga yang menarik untuk setiap pembelian RM60.00 dan ke atas.
4. Encik Ali mengajarkan Geografi kepada murid-murid menengah atas.
5. Landasan konkrit projek Mass Rapid Transit yang sedang dalam proses pembinaan di Kilometer 10, Jalan Mewah menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya berikutan tahap keselamatannya yang kurang memuaskan.
6. Bersempena dengan jualan penghabisan stok di pasar raya itu, pemiliknya telah mengedarkan katalog baru kepada pembeli.
7. Hadiah kemenangan saya telah bertambah kerana saya memilih untuk menggunakan pembelian secara pukal.

B. Bagaimanakah awak masuk ke rumah sedangkan awak lupa membawa kunci 

C. Sila rujuk penggunaan peribahasa yang sesuai dengan konteks ayat melalui laman web kami.
Tatabahasa23.09.2015

Kembali ke atas