Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.kal] | ڤوکل

Definisi : 1. bongkah, gumpal, ketul (emas dll); sepukal segumpal, sebongkah; emas ~ emas sebongkah, emas kimpal, emas tampan; keris ~ a) keris ganja iras; b) keris yg lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yg berlok); taat setia yg ~ taat setia yg tidak berbelah bagi; 2. Kd bernas, tepat; jawabannya ~ jawabannya bernas (tepat); memukal menjadikan pukal (bongkah, gumpal, ketul): ~ emas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.kal] | ڤوکل

Definisi : 1 bongkah; ketul; gumpal (bkn emas dll). 2 dlm kuantiti yg banyak: Minyak kelapa sawit diisikan ke dlm tangki utk dieksport secara ~. 3 tidak berbelah bagi (bkn hati dll): Oleh itu, terimalah pengajaran ilmu pengetahuan itu dgn hati yg tabah dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pukal (kata nama)
1. Dalam konteks emas
bersinonim dengan bongkah, gumpal, ketul,

2. Dalam konteks jawapan
bersinonim dengan bernas, tepat,

3. Dalam konteks bayaran
bersinonim dengan tunai, kontan,
Berantonim dengan ansuran.



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bulk storagestoran pukal; penyimpanan pukalKejuruteraanTiadaTiada
bulk nanostructurenanostruktur pukalFizikNanoteknologiPepejal yang mempunyai padatan hablur kecil atau zarah bersaiz antara 1 nm - 100 nm. Contohnya, zarah Al12. Sifat fizik bahan pukal ini adalah berlainan daripada sifat individu zarah tersebut atau sifat pepejal pukal yang tidak berstruktur nano.
adiabatic bulk modulusmodulus pukal adiabatikFizikAkustikModulus pukal kekenyalan yang berlaku apabila tiada haba masuk atau keluar dari sistem dan bersamaan dengan hasil darab tekanan dengan nisbah antara haba tentu tekanan tetap dengan haba tentu isi padu tetap.
bulkheaddinding sekat(an), hulu pukalGeologiTiada2. Hulu pukal: Batu, keluli, kayu atau struktur seperti dinding konkrit yang direka bentuk terutamanya untuk menahan tekanan air atau bumi
bulk shippingperkapalan pukalSukanTiadaPerusahaan perkapalan yang terlibat dengan pengangkutan kargo pukal.
bulk carrierkapal kargo pukalSukanTiadaKapal khusus membawa kargo kering pukal dan mempunyai ruang palka kargo yang besar.
bulk cargo carrierkapal angkut kargo pukalSukanTiadaKapal yang hanya membawa kargo pukal seperti arang batu atau kok.
dry bulk carrierkapal pukal keringKejuruteraan AutomotifTiadaKapal yang mengangkut barang-barang kering secara pukal.
wet bulk carrierpengangkut pukal basahKejuruteraan AutomotifTiadaKapal yang mengangkut barang-barang basah secara pukal.
bulk shotrantaian pukalPerikananTiadaRangkaian beberapa biji ladung terbelah yang diikat atau disepit pada tali untuk menambahkan berat tali. Rantaian pukal dibuat supaya umpan yang dipasang pada mata pancing kelihatan semula jadi. Lihat juga ladung terbelah.
12345678910...

Kembali ke atas