Pukul empat juga dikenali sebagai keajaiban
Peru , ialah tumbuhan saka yang menarik
(tumbuhan yang hidup lebih daripada satu tahun)
yang berasal dari kawasan tropika Amerika. Ia
mudah tumbuh, dan sering ditanam sebagai
tumbuhan tahunan (tumbuhan yang hidup hanya
satu tahun). Pukul empat tumbuh daripada kira-kira
60 hingga 120 sentimeter tingginya. Bunganya yang
harum berwarna putih, samar, merah, kuning, atau
campuran beberapa warna ini. Apa yang kelihatan
sebagai bunga adalah sebenarnya involukre
(braktea yang diubahsuai) yang berwarna-warni
yang mengelilingi bunga sebenar yang halus. Pukul
empat mendapat namanya kerana bunganya
kembang pada lewat petang dan kuncup pada
waktu pagi.