Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pukul;

Puisi
 

Pukul tujuh pukul lapan,
     Pukul tabuh keliling kota;
Bertiup angin selatan,
     Angkat sauh belayar kita.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Pukul anjing,
     tak pandang mata tuannya.

Bermaksud :

Orang yang terdesak hilang takutnya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nicktakik;pukul celahSukanTiada1. Pukul celah: Pukulan yang menyebabkan bola yang dipukul melantun dari dinding depan dan jatuh di titik temu dinding sisi atau dinding belakang atau di lantai. Biasanya pukul celah yang sempurna merupakan suatu pukul kemenangan. Banding : length [pukul selari tepat]
round the head shotsyot kepalaSukanTiadaSyot yang dilakukan pada sisi badan tanpa raket, dengan kaedah pukul petung, pukul junam atau smesy.
transition timemasa peralihanKomunikasiKorporatPertukaran waktu siaran dalam media elektronik khususnya di radio berdasarkan kelompok masa siaran dalam sehari. Kelompok masa ialah pembahagian masa siaran mengikut aktiviti khalayak dalam sesuatu budaya. Contohnya, masa peralihan di Malaysia, bermula pada pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa siaran pagi, pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ialah masa siaran lewat pagi, pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang ialah masa siaran tengah hari, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang ialah masa siaran awal petang, pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam ialah masa siaran petang, pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam ialah masa lewat petang atau malam, pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam ialah masa siaran malam, pukul 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi ialah masa lewat malam, dan pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi ialah masa awal pagi. Pembahagian masa peralihan ini ditentukan berdasarkan aktiviti khalayak di sesebuah negara. Tempoh siaran dari pukul 6.00 pagi hingga 9.00 pagi dianggap sebagai masa perdana bagi stesen radio bergerak kerana jumlah pendengar radio adalah tinggi dan selepas tempoh itu, jumlah khalayak mulai berkurangan sehingga pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Masa peralihan merupakan panduan kepada para pengiklan untuk membeli ruang siaran dan menentukan kos pembiayaan bagi sesuatu iklan.
beatingpukul; paluan; putarPentadbiran PerniagaanTiadaPukul: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memukul.,Putar: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memutar.
beatpukul; putarPentadbiran PerniagaanTiada1. Pukul: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memukul.,2. Putar: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memutar.
split dutytugas berselaPentadbiran PerniagaanTiadaTugas kaunter mengikut masa tertentu dengan menyelakan jarak waktu rehat iaitu pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi, pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang dan pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam.
forehand lobpukul petung depanSukanTiadaPukul petung yang dibuat di depan jaring dengan bulu tangkis dipukul tinggi sehingga melayang jauh ke garisan sempadan belakang.
fast droppukul junam lajuSukanTiadaPukul junam yang dilakukan dengan cepat dan bulu tangkis melepasi atau hampir pada jaring di kawasan lawan.
hairspin droppukul junam putarSukanTiadaPukul junam yang dilakukan dengan bulu tangkis berputar dan kemudian menjunam.
attacking lobpukul petung serangSukanTiadaPukul petung yang rendah dan laju tetapi di luar jangkauan lawan.
12345678910...

Kembali ke atas