Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hitung panjang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. hitung panjang. b. sama semuanya; rata-rata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PRPM memadankan 'one-size-fits-all' kepada 'pukul rata', bagaimana pula 'one-size-fits-most'?Kami mencadangkan "one-size-fits-most" diterjemahkan sebagai "satu saiz sesuai kebanyakan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
Kata jenama, purata dan hakis merupakan kata terbitan @ tunggal @ majmuk @ akronim.. Boleh jelaskan TQVMJenama - kata tunggal, Purata - akronim (pukul rata) dan Hakis - kata tunggal.Tatabahasa27.05.2011
Boleh saya tahu kata baru yang menggabungkan bahagian kata (Akronim) selain daripada Selembu (seladang + lembu), apa lagi ya? Terima kasih
Mengikut Kamus Dewan, perkataan "AKRONIM" bermaksud kependekan yang terbentuk daripada ga­bung­an huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata), pawagam (panggung wayang gambar) dan banyak lagi. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkataan "AKRONIM", puan bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Tatabahasa Dewan sangat berkesan untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran tatabahasa Melayu.
Tatabahasa11.02.2021
Saya ingin bertanya berkaitan akronim. berdasarkan Tatabahasa Dewan, akronim ialah gabungan perkataan huruf awal dan suku kata daripada satu rnagkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar contoh Bernama, Mara, ubahsuaii. berdasarkan satu kenyataan dalam Khidmat Nasihat DBP pada 2013 (rujuk lampiran) RTM, KPM, BPR turut disenaraikan dalam akronim. Saya agak keliru sedikit. Bukankah akronim harus diujarkan sebagai satu perkataan? Maka apakah beza akronim dan singkatan? Mohon prncerahan.Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain).
Lain-lain06.09.2015

Kembali ke atas