Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(122)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
furthermoreadv lagipun, lagi pula, tambahan /lagi, pula/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
neitherconj (archaic) tdk... /juga, pula/: he does not know, ~ does he care to know, dia tdk tahu dan tdk kisah pula utk mengambil tahu; ~ ... nor, tdk ... dan tdk /juga, pula/; (when "neither" is at the beginning of the sentence) baik... mahupun... tdk: I’m ~ for nor against it, saya tdk menyokong dan tdk pula menentangnya; he can ~ read nor write, dia tdk boleh membaca dan tdk juga boleh menulis; ~ Prentice nor Johns came to the meeting, baik Prentice mahupun Johns tdk datang ke mesyuarat itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ever5. (colloq), (used after interrog) pula: where ~ did you find it?, di mana pula kamu jumpa benda itu?; why ~ did you do that?, kenapa pula kamu lakukannya?; 6. (sometimes in compounds) always, sentiasa: an ~ increasing student population, bilangan pelajar yg sentiasa meningkat; I could see him through his ~ open door, saya nampak dia melalui pintunya yg sentiasa terbuka; ~ confident, she marched into the principal’s office, sentiasa yakin, dia berjalan masuk ke pejabat pengetua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
well1as ~, also, too, juga; (indic surprise, indignation, etc) pula; (in addition) di samping itu ... /juga, pula/: I’d like to try on the red one as ~, saya mahu mencuba yg merah juga; she’s already learnt French and German and now she wants to take Japanese as ~, dia sudah belajar bahasa Perancis dan Jerman dan sekarang dia juga ingin belajar bahasa Jepun; they came uninvited and brought their children as ~!, mereka datang tanpa diundang dan membawa anak-anak mereka pula!; I’m expected to do all the housework, cook the meals, look after the children, and be a charming hostess as ~!, saya diharap membuat semua kerja rumah, memasak, menjaga anak dan di samping itu menjadi tuan rumah yg ramah pula!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sublet vt menyewakan (pula): the tenant had ~ the flat without the permission of the owner, penyewa itu menyewakan pula rumah pangsa itu tanpa kebenaran pemiliknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moreoveradv furthermore, tambahan pula: the first class tickets are easily available and ~ they are not so expensive, tiket-tiket kelas pertama mudah diperoleh dan tambahan pula, tiket-tiket itu tdk terlalu mahal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
that is (to say)at ~, a. futher more, /tambahan, lagi/ pula: he’s a madman and a dangerous one at ~, dia orang gila dan lagi pula betul-betul berbahaya; b. at that point, setakat itu: we’ll leave it at ~ then, jadi kita meninggaKamus Inggeris-Melayu Dewan
turnin ~, a. following in order of time or place, pula: we got the news from them; they in ~ got it from the office, kami mendapat berita itu drpd mereka; mereka pula mendapatnya dr pejabat; b. successively(concerning persons) bergilir-gilir, berganti-ganti; (concerning inanimate objects) berganti dr... ke...: the patients were all attented to in ~, para pesakit dilayani bergilir-gilir; the city was called in ~ Hollandia, Kota Baru, Soekarnapura and Jayapura, nama bandar itu berganti dr Hollondia ke Kota Baru ke Soekarnapura dan ke Jayapura;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
additionin ~, tambahan /lagi, pula/, selain itu: in ~, the price is high, tambahan lagi, harganya pun tinggi; in ~ (to), di samping, selain: he paid me $200 in ~ to what he owed me, dia membayar saya $200 di samping jumlah yg dipinjamnya drpd saya; in ~ to which, (dan) di samping itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
furtheradv 1. in addition, di samping itu, tambahan /lagi, pula/: ~, we find that ..., di samping itu, kami dapati bahawa ...; 2. to a greater degree or extent, more, (dgn) lebih lanjut: we need go no ~ into the matter, kita tdk perlu bercakap lebih lanjut ttg perkara itu; I did not question ~, saya tdk menyoal dgn lebih lanjut; 3. more distant, lebih jauh; (in time) lebih awal: on the ~ side, di sebelah yg lebih jauh; the school is ~ from my house than it is from hers, sekolah itu lebih jauh dr rumah saya kalau dibandingkan dgn rumahnya; he can run ~ than I can, dia dapat berlari lebih jauh drpd saya; ~ back than 1957, lebih awal dr tahun 1957;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas