Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la] | ڤولا

Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,

Puisi
 

Hendak berumah berumah pula,
     Rumah saya di tengah huma;
Hendak bermaaf bermaaf pula,
     Maaf seorang maaf semua.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sudah hamba diperhamba pula.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah dieban, dihela pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, f. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(122)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sharikah mudarabahsyarikat mudarabahPerniagaan IslamTiadaPerniagaan yang dijalankan oleh satu pihak sebagai pengusaha manakala modal tunai pula disediakan oleh pihak lain. Keuntungan dikongsi secara bersama mengikut persetujuan manakala kerugian pula hanya ditanggung oleh pemodal.
moreovertambahan pulaPentadbiranTiadaTiada
hydrocarbonhidrokarbonBiologiEkologiSebatian organik yang hanya mengandungi karbon dan hidrogen, tetapi terdapat dalam berbagai-bagai kombinasi. Hidrokarbon dihasilkan, terutama olah bahan api fosil. Sesetengah hidrokarbon merupakan bahan pencemaran yang utama, sesetengah pula mungkin karsinogenik dan yang lain pula boleh menyebabkan kabut fotokimia.
graveyard marketpasaran buntuPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan pasaran yang kelihatan seperti tempat pengebumian. Pelabur yang sudah berada di dalamnya tidak boleh keluar dan pelabur yang di luar pasaran pula adalah bearis dan pelabur yang rugi tidak sanggup lagi merealiskan kerugiannya dan yang di luar pula lebih baik memegang tunai.
cow grassrumput kerbauVeterinarTiadaRumput tahunan yang mempunyai stolon dan batang yang tegak setinggi 20-60 cm. Daunnya pula tirus berukuran 4-20 cm panjang dan 5-10 mm lebar. Rumput ini hidup dengan baik di kawasan yang beriklim lembap, tanah berasid dan juga di kawasan yang bernaung sederhana. Hasil bahan kering rumput ini ialah 6-12 tan/hektar setahun manakala kandungan protein kasarnya pula ialah 7-10%. Nama saintifik: Paspalum conjugatum.
conventional plantingtanam konvensionalPertanianAgronomi

 Kaedah penanaman yang biasa diamalkan. Contohnya, bagi tanaman padi, benih ditanam di dalam semaian kemudian diubah ke sawah secara manual. Kaedah baru yang diamalkan pula ialah dengan menabur terus benih padi ke sawah, menggunakan mesin penabur. Bagi tanaman getah pula, tanam konvensional melibatkan jarak tanaman 9 meter x 12 meter, tanpa tanaman lain manakala kaedah tanaman baru yang diperkenalkan dan dinamakan pepagar dua baris mempunyai jarak 22 meter antara pepagar. Antara barisan pagar ini boleh ditanam dengan tanaman lain atau diamalkan penternakan.

bathing suitsut renangKesenianTiada. Untuk pakaian lelaki pula bahagian kakinya dipotong pendek.
swimming suitsut renangKesenianTiada. Untuk pakaian lelaki pula, bahagian kakinya dipotong pendek.
swim wearpakaian renangKesenianTiada. Untuk pakaian lelaki pula, bahagian kakinya dipotong pendek.
urogenital systemsistem urogenitalVeterinarPraklinikalSistem yang terdiri daripada sistem pembiakan; dan sistem pembentukan dan pembuangan urin. Organ pembiakan betina antaranya ialah faraj; vulva; serviks; uterus; oviduk dan ovari. Organ pembiakan jantan antaranya pula ialah testis; epididimis; penis dan organ seks aksesori. Organ yang membentuk sistem urinari pula termasuklah renal; ureter; pundi kencing dan uretra.
12345678910...

Kembali ke atas