Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sebagai1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
manakata yg digunakan utk menanyakan sesuatu (tempat dsb): Awak hendak ke ~?. Yg ~kah adikmu? ~ boleh takkan boleh; mustahil. ~ lagi (pula) tambahan pula; lebih-lebih lagi. ~ tahu boleh jadi; mungkin mana-mana 1 barang apa pun: Ambillah ~ yg kausukai. 2 sesiapa pun; barang siapa: ~ yg letih, bolehlah berehat. manakan tidak mungkin; mana boleh: ~ sama masakan isteri dgn masakan orang gaji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pula1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pula1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tam­bahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya?Kamus Dewan Edisi Keempat
lagi1. tambahan kpd yg sedia ada: lima orang ~ telah dirawat di rumah sakit; musim hujan akan datang kira-kira tengah dua bulan ~; 2. masih (berpanjangan), sedang (berbuat sesuatu dll): adapun Chau Pandan itu, ~ di benua Siam; sekarang pun ada ~ negeri itu di benua Keling; 3. dan, serta, tambahan pula: dia hartawan ~ dermawan; 4. (balik) semula, pula: janganlah ~ dicari Hamzah di dunia ini; 5. lebih (baik, elok, dll): mati ~ bagus; 6. kata yg digunakan utk menguatkan atau mengeraskan kata-kata sebelumnya: sekaranglah kita amuk, bila ~!; bilal khatib~ berdosa, ini pula kita yg jahil; ~ pula dan lagi, lebih-lebih, tambahan pula; selagi 1. selama atau sementara (belum dll):~ dia ada di sini, aku tidak mahu pergi; 2. pd masa atau ketika: ~ ayah tidur janganlah kamu bising; lagi-lagi 1. sentiasa, asyik, balik-balik: ~hendak meminjam; tak ada kerja lain, ~main; 2. bertambah-tambah lagi, makin bertambah: kalau ia tinggal bersama ayah,~ ayah berselisih faham dengannya; lagikan ark sl sedangkan, salangkan, namun: saya yg lebih rapat dengannya ~ tidak mengetahui rahsianya; lagipun lagi pula.Kamus Dewan Edisi Keempat
langsai I1. sudah habis dibayar (hutang dll), jelas, lunas, selesai: hutang lama belum ~, hutang baru bertambah pula; 2. sl jelas (rupa, pandangan, dll), terang: akan Raden Inu setelah matahari ~, maka barulah ia bangun; hutang samir belum ~, hutang kajang tumbuh pula prb hutang dahulu belum dibayar, sekarang berhutang pula; sekali mengorak pura dua tiga hutang ~ prb menyelesaikan beberapa perkara dgn sekali lalu (buat); melangsaikan melunaskan (hutang), men­jelaskan, menyelesaikan: dia ~ hutang ayah­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
terlebih1. yg paling lebih (cerdik, penting, besar, dll), tersangat: kpd hatinya, ~ baik keris itu drpd golok, kerana Hang Tuah terlalu tahu melihat keris; ~ dahulu pertama-­tama; 2. = terlebih-lebih = ~ pula (lagi) terutama (teristimewa) pula, lebih-lebih lagi;Kamus Dewan Edisi Keempat
ini1. kata penunjuk utk benda (tempat dan waktu) yg dekat, lwn itu: gunung apa ~?; pulang sekali ~ lain tidak kerana terpaksa sahaja; 2. baru ini, kini, sekarang: engkau nak pergi ~ juga, kan kereta api lambat lagi?; ~ dia nah inilah; ~ itu ini dan itu (berbagai-bagai, bermacam-macam, tak tentu); ~kan, = ~ konon, = ~ pula istimewa pula, lebih-lebih lagi, apa lagi, tambahan pula; ~ pun sekarang pun.Kamus Dewan Edisi Keempat
alang II1 tidak terlalu besar (tua) dan tidak pula terlalu kecil (muda); sedang; tengah-tengah: keris ~ keris yg tidak panjang dan tidak pula pendek. 2 sedikit; kurang: tidak ~ tidak sedikit; banyak. ~ kepalang ada tetapi tidak mencukupi. alang-alang, alang-alangan tidak sungguh-sungguh; setengah-setengah: ~ mandi, biar basah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bagai1. jenis, macam: beberapa ~ ukiran yg dibuatnya; 2. banding, sama, persamaan: kecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya; 3. = bagaikan serupa jika dibandingkan dgn sesuatu, seperti, semacam, umpama: ~ kera mendapat bunga; hatinya ~ dihiris-hiris;sebagai 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya;persebagaian Kl perumpamaan; berbagai berbanding, bersamaan: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tiada ada ~ pd masa itu;berbagai-bagai, bagai-bagai bermacam-macam, berjenis-jenis, beberapa (negara dll) yg berlainan: ia berbuat ~ ikhtiar supaya terpelihara drpd musuhnya;membagaikan Mn = memperbagai-bagaikan memperolok-olokkan;pelbagai, perbagai, perbagai-bagai berbagai-bagai, beberapa jenis: tarian Timur lebih ditekankan kpd perasaan sedangkan tarian Barat berpusat pd mutu dinamik ~ tarian itu;mempelbagaikan, memperbagaikan menjadikan berlain-lainan jenis, menjadikan berbagai-bagai jenis: selama beberapa tahun kebelakangan, kerajaan secara sistematik ~ pengeluaran bahan-bahan eksport; ini satu langkah utk ~ ekonomi negara supaya tidak hanya bergantung semata-mata pd pertanian;kepelbagaian perihal berbagai-bagai jenis: ~ usaha dan kegiatan ekonomi Malaysia; sesungguhnya jumlah dan ~ dialek Melayu sangat mengagumkan;pempelbagaian perbuatan mempelbagaikan sesuatu (usaha dll): ~ keluaran.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas