Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pula (kata tugas)
Bersinonim dengan jua, pun, juga.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tape formatformat pitaKomunikasiTiadaKaedah untuk mengenal pasti pita rakaman audio atau video. Contohnya, format pita audio yang sering digunakan ialah 1/4, 1/5 atau 1 inci. Bagi format pita video pula format yang digunakan ialah format VHS atau format U-matik yang mempunyai kelebaran 3/4 inci.
lactating phasefasa penyusuanVeterinarTiadaFasa pengeluaran susu bagi haiwan tenusu selepas melahirkan anak. Bagi lembu dan kambing tenusu, anak disapih ketika berumur seminggu dan susu daripada ibu ternakan tersebut diperah sehingga 10 bulan untuk tujuan komersial. Hasil pengeluaran susu meningkat dengan cepat pada 1-1.5 bulan pertama selepas melahirkan anak dan kemudiannya menurun dengan perlahan sebelum dihentikan dua bulan sebelum kelahiran anak yang berikutnya. Bagi ternakan lain, tempoh ini berbeza mengikut jenisnya iaitu di sepanjang tempoh anak dibenarkan menyusu. Bagi lembu pedaging, tempoh penyusuannya berlaku selama 6 bulan, kambing dan biri-biri selama 3 bulan dan babi pula selama 3 minggu.
cents systemsistem senMuzikTiada

Sistem ukuran jeda muzik yang dicipta oleh A.J. Ellis. Contohnya, dalam muzik Barat, 1 oktaf bersamaan dengan 1200 sen, 1 ton pula bersamaan dengan 200 sen. Sementara xh ton atau 1 semiton bersamaan dengan 100 sen.

gene locuslokus genSains ForensikTiadaKedudukan dalam kromosom yang dihuni oleh satu gen tertentu. Contohnya, dalam lokus gen berlabel “8p2.1”, 8 merujuk kepada kromosom yang ke-8, p mewakili lengan pendek kromosom (sekiranya lokus itu terletak pada lengan panjang kromosom, diwakili dengan q) dan nombor 2 dalam 2.1 merujuk kepada jalur kedua pada lengan tersebut, manakala 1 pula sebagai subjalur dalam jalur ke-2. Lokus gen yang digunakan dalam pengujian DNA forensik diberi nama tertentu supaya penggunaannya adalah sama di seluruh dunia bagi memudahkan perbandingan pangkalan data DNA.
trichordtrikordMuzikTiada

1.9pt;margin-bottom:0in; margin-left:29.5pt;margin-bottom:.0001pt;text-align:justify;text-indent:-.15in; line-height:12.7pt;mso-line-height-rule:exactly;background:white">1.Serangkaian not yang mempunyai tiga klasifikasi pic dalam teori set. Allen Forte merupakan ahli teori set terkemuka yang menyenaraikan 12 jenis trikord dalam bukunya yang berjudul The Structure of Atonal Music. Trikord tersebut ialah (0,1,2), (0,1, 3), (0,1,4), (0,1,5), (0,1,6), (0, 2,4), (0, 2, 5), (0, 2, 6), (0, 2, 7), (0, 3, 6), (0, 3, 7) dan (0, 4, 8). Contoh (0,3,7) ialah (C, Eb, G), (C#, E, G#) dan (D, F, A).

1.9pt;margin-bottom:0in; margin-left:29.5pt;margin-bottom:.0001pt;text-align:justify;text-indent:-.15in; line-height:12.7pt;mso-line-height-rule:exactly;background:white">2.Tiga klasifikasi pic yang diambil secara berturut-turut daripada sesuatu deret dua belas ton. Contoh deret dua belas ton ialah D, F, F#, G#, B, A, C#, C, G, Bb, E, D#. Trikord-nya pula terdiri daripada (D, F, F#), (G#, B, A), (C#, C, G) dan (Bb, E, D#).

1.9pt;margin-bottom:0in; margin-left:29.5pt;margin-bottom:.0001pt;text-align:justify;text-indent:-.15in; line-height:12.7pt;mso-line-height-rule:exactly;background:white">

1.9pt;margin-bottom:0in; margin-left:29.5pt;margin-bottom:.0001pt;text-align:justify;text-indent:-.15in; line-height:12.7pt;mso-line-height-rule:exactly;background:white">

napier grassrumput gajahVeterinarTiadaRumput yang ditanam dengan menggunakan keratan batang yang telah tua. Rumput ini mempunyai ciri-ciri pertumbuhan cergas, memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen, hasil bahan keringnya tinggi tetapi berkurangan pada musim kemarau. Rumput ini merupakan rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setinggi 2-5 meter. Namun, terdapat juga rumput jenis renek yang tingginya 1-1.5 meter. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan anak. Daunnya pula agak lebar, nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah peroi paling sesuai untuk tanaman rumput gajah. Ternakan lebih gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lebih lembut. Rumput gajah dipotong pada setiap 4-6 minggu dan hasil bahan keringnya ialah 20-30 tan/hektar setahun. Manakala, kandungan protein kasarnya pula sebanyak 10%. Nama saintifik: Pennisetum purpureum.
colocynth poisoningkeracunan kolosinKimiaForensikKeracunan disebabkan pendedahan kepada kolosin, iaitu perengsa dan katartik yang sangat berbahaya yang terdapat pada tumbuhan Cilrullus colocynthis. Dos parah mungkin serendah 1 mL atau 1 g. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah jatuh, takikardia, koma dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi pula ialah kesesakan dan perubahan kemerosotan saluran gastrousus, hati, buah pinggang dan otak.
vibratovibratoFizikAkustik1. Alat muzik yang bergantung pada perubahan frekuensi yang selalunya disertai pula dengan perubahan amplitud dan bentuk gelombang. 2. Perubahan turun naik yang kecil bagi kelangsingan nada.
componendkomponenMekanikGunaan1. Salah satu daripada tiga vektor yang diperoleh apabila suatu vektor dileraikan. Sesuatu vektor komponen boleh pula dileraikan kepada tiga komponennya sendiri, dan begitulah seterusnya. 2. Sesuatu bahagian struktur kejuruteraan yang melengkapkan struktur itu dan membolehkannya berfungsi. istilah ini biasanya digunakan berkaitan dengan mesin dan enjin. 3. sebarang radas elektrik di dalam litar.
conjugate momentummomentum konjugatFizikMekanikJika qj(j = 1, 2, ...) ialah koordinat teritlak suatu sistem dinamik klasik, dan L pula Lagrangeannya, maka momentum konjugat kepada qj ialah momentum berkanun, momentum teritlak
123456

Kembali ke atas