Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lang] | ڤولڠ

Definisi : 1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali: ~ ke negerinya sendiri; suaminya masih belum ~ drpd kerja; ~ kpd isterinya yg pertama rujuk semula dgn isterinya yg pertama; ~ kpd yg punya terserah (balik) kpd tuan punya; 2. ~ kpd jatuh kpd, terserah kpd, tertanggung atas: hal ini ~ kpd bapa hal ini terserah kpd bapa; kalau terjadi sesuatu ~ kpd tuan kalau terjadi sesuatu tuanlah yg menanggungnya; ~ asal a) kembali ke asalnya; b) kembali kpd keadaan yg asal; ~-balik = ~-pergi a) pulang dan pergi; b) hilir-mudik, ke sana ke mari (mundar-mandir); ~ haji kembali dr naik haji; ~ hari kembali lagi pd hari yg semula (sesudah enam hari, spt hari Minggu sampai hari Minggu berikutnya); ~ ikhtiar (kpd) terserahlah ikhtiarnya (kpd); ~ (ke) kandung kembali ke tempat asalnya; ~ ke rahmatullah meninggal dunia, mati; ~ maklum kpd terserah kpd pendapat (pertimbangan) orang; ~ modal mendapat modal kembali (tidak mendapat untung, tetapi tidak pula rugi); ~ nama yg pulang hanya namanya (mati di perantauan atau di medan perang dll); ~-paling ark bolak-balik, hilir-mudik, ke sana ke mari; ~ pohon = ~ pokok Id pulang modal; ~ pulih sembuh semula, kembali lagi; sepulang waktu (masa) pulang, sekembali; berpulang = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; ~-paling berulang-alik; memulangi 1. rujuk dgn isteri yg telah diceraikan: kehidupannya menjadi bertambah baik sejak ia ~ isterinya; 2. Mn memperisteri saudara sepupu: apabila engkau ~ anak mamakmu, maka ...; memulangkan 1. membawa pulang, mengi­rimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (me­ngatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerah­kan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya; terpulang terserah: semuanya ~ kpd kemahuan mak, saya menurut saja; pulangan hasil drpd atau pendapatan pena­naman modal (pekerjaan, pemberian, per­khidmatan, dll); kepulangan perihal pulang: ~ku disambut oleh ibu dan keluarga dgn mesra; pemulangan perbuatan memulangkan, pe­mulihan, pengembalian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lang] | ڤولڠ

Definisi : pergi ke rumah atau ke tempat asalnya; balik; kembali: Saya baru saja ~ dr pejabat. ~ balik a. pergi dan kembali pula. b. pergi ke sana ke mari. ~ modal (pokok) mendapat modal kembali, tidak rugi dan tidak juga untung). ~ pulih sembuh spt sediakala. berpulang, = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; mati. memulangkan 1 membawa pulang; memberikan kpd tuannya semula; mengirim ke tempat asalnya (ke rumahnya dsb); mengembalikan: Saya hendak pergi ~ buku ke perpustakaan. 2 memberikan sesuatu (utk difikirkan dll); menyerahkan: Mereka bersetuju ~ masalah itu kpd ahli jawatankuasa tertinggi utk diselesaikan. terpulang terserah: Hal itu ~ kpd anakanda sendiri. pulangan 1 ist hasil atau keuntungan drpd penanaman modal dsb. 2 sesuatu yg dipulangkan. ~ belian (keluar) pulangan pihak peniaga kpd pemborong (pemiutang dll). ~ jualan (masuk) pulangan oleh pihak pembeli kpd pihak peniaga. kepulangan perbuatan atau hal pulang: ~nya telah disambut dgn perasaan gembira. pemulangan perbuatan atau hal memulangkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulang (kata kerja)
Bersinonim dengan balik, kembali, kelik, mulih;,
Kata Terbitan : memulangkan, terpulang pada, pulangan, kepulangan, pemulangan,

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Harta pulang ke tuan (= empunya).

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
takeadj bawa pulang: ~ pizza, piza bawa pulang; ~ service, perkhidmatan bawa pulang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
take awayadj bawa pulang: ~ pizza, piza bawa pulang; ~ service perkhidmatan bawa pulang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
returnvi 1. find o’s way back, pulang, kembali, balik: he left home swearing never to ~, dia meninggalkan rumah dgn bersumpah tdk akan pulang; the undergraduates have ~ed to college, para siswa telah pulang ke kolej; ~ home, /pulang, balik/ (ke rumah); 2. (ref to earlier situation) go back, berbalik (semula): her husband hopes that one day she will ~ to him, suaminya berharap agar isterinya berbalik semula kepadanya suatu hari nanti; he kept on ~ing to the subject, dia sentiasa berbalik ke tajuk itu; 3. recur, reappear, /datang, muncul/ balik: the doctor did not expect the pain to ~, doktor itu tdk menjangka kesakitan itu datang semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
recalln 1. summons to return, pemanggilan /pulang, balik/: the ~ of the Ambassador from abroad, pemanggilan pulang Duta dr luar negeri; letters of ~, surat pemanggilan pulang; 2. ability to remember, daya ingat(an): a man who is gifted with total ~, seorang yg dianugerahi daya ingat menyeluruh; /beyond, past/ ~, a. cannot be remembered, tdk dapat diingat; b. cannot be taken back, tdk dapat ditarik balik: news of the scandal has spread and is past ~, berita ttg skandal itu telah tersebar dan tdk dapat ditarik balik; c. cannot be cancelled, tdk dapat dibatalkan: the decision has been made and is now beyond ~, keputusan itu telah dibuat dan sekarang tdk dapat dibatalkan lagi; d. cannot be changed, tdk dapat diubah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
breakevenn /pulang, balik/ modal: ~ price, harga pulang modal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
homevi pulang, balik: pigeons, when released, ~ to their lofts, burung merpati apabila dilepaskan, akan pulang ke rumahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bring~ away, membawa pulang: they had an enjoyable time and brought away pleasant memories of Kashmir, mereka menikmati waktu-waktu yg menyeronokkan dan membawa pulang kenangan manis semasa di Kashmir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
evenbreak ~, pulang modal: we are confident the company will break ~ this year and be in profit two years from now, kami yakin syarikat ini akan pulang modal tahun ini dan mendapat untung dua tahun dr sekarang; get ~ (with so.), membalas balik (perbuatan sso): I told him I would get ~ with him one day, saya memberitahunya saya akan membalas balik perbuatannya suatu hari nanti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
come~ back, a. return, (of person) pulang, balik, kembali: when is he coming back?, bila dia pulang?; b. be fashionable again, menjadi popular /semula, kembali/: mini skirts are definitely coming back this year, fesyen skirt mini pasti akan menjadi popular semula tahun ini; c. return (to memory) teringat /semula, kembali/: their names and faces slowly came back, sedikit demi sedikit saya teringat semula nama dan wajah mereka; d. be reintroduced, restored, /diadakan, diwujudkan/ semula: due to the high incidence of murder, many people hope that capital punishment will ~ back, krn pembunuhan kerap berlaku ramai orang berharap hukuman bunuh akan diadakan semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pad 2 ~ it (home), menapak pulang: he missed the last bus and had to ~ it home, dia ketinggalan bas terakhir dan terpaksa menapak pulang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas