Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la.ngan] | ڤولڠن

Definisi : tempat duduk orang yg mendayung atau mengayuh (dlm perahu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la.ngan] | ڤولڠن

Definisi : hasil drpd atau pendapatan pena­naman modal (pekerjaan, pemberian, per­khidmatan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la.ngan] | ڤولڠن

Definisi : 1 ist hasil atau keuntungan drpd penanaman modal dsb. 2 sesuatu yg dipulangkan. ~ belian (keluar) pulangan pihak peniaga kpd pemborong (pemiutang dll). ~ jualan (masuk) pulangan oleh pihak pembeli kpd pihak peniaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulang (kata kerja)
Bersinonim dengan balik, kembali, kelik, mulih;,
Kata Terbitan : memulangkan, terpulang pada, pulangan, kepulangan, pemulangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EKONOMI BIDANGAN

Ekonomi bidangan atau dikenali juga sebagai pulangan bertambah ikut bidangan ialah keadaan apabila kadar atau peratus pertambahan output melebihi kadar atau peratus pertambahan input.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
STOK DAN SAHAM

Stok dan saham merupakan hak pemilikan di

dalam syarikat liabiliti terhad. Setiap syarikat

mempunyai satu stok yang dibahagi kepada

beberapa saham. Saham mungkin dipegang oleh

orang perseorangan atau syarikat lain. Pemegang

saham melaburkan wang dalam sebuah syarikat

dan mendapat sebahagian hak pemilikan syarikat

dan berkongsi keuntungannya sebagai pulangan.

Istilah stok juga digunakan untuk merujuk kepada

perjanjian jangka panjang dalam membuat

pinjaman kepada kerajaan atau sesuatu syarikat

besar, yang tidak melibatkan hak milik.

UMUM 
SEKIM AMANAH SAHAM NASIONALSEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, skim saham amanah yang pertama yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Sekim Amanah Saham Nasional (Sekim ASN)  ditubuhkan dengan tujuan menggembleng tabungan kaum bumiputera termasuk golongan di luar bandar serta memupuk tabiat menabung di kalangan mereka. Sekim ASN dilancarkan secara rasmi pada 20 April 1981 oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. Skim ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan telah membawa pulangan yang baik dan stabil dalam bentuk dividen dan bonus kepada para pelabur sejak penubuhannya. Skim ini adalah wahana utama kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL

SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, skim saham amanah yang pertama yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Skim Amanah Saham Nasional (Skim ASN)  ditubuhkan dengan tujuan menggembleng tabungan kaum bumiputera termasuk golongan di luar bandar serta memupuk tabiat menabung di kalangan mereka. Skim ASN dilancarkan secara rasmi pada 20 April 1981 oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. Skim ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan telah membawa pulangan yang baik dan stabil dalam bentuk dividen dan bonus kepada para pelabur sejak penubuhannya. Skim ini adalah wahana utama kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

SEJARAH DAN ARKEOLOGISistem

Kembali ke atas