Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll); belayar di ~ kapuk Id, bp tidur; ~ sudah lenyap, daratan sudah tenggelam gagal sama sekali; ~ harapan (perca) Id Pulau Sumatera; ~ karang (Geog) pulau yg terjadi drpd batu karang (jauh dr daratan), terumbu; belayar menentang (mengadang, menuju) ~ prb sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya; spt batu di ~ prb amat banyak; berpulau, berpulau-pulau 1. bertompok­-tompok (orang, kampung, dll); 2. mempu­nyai pulau (lautan dll); pulau-memulau saling memulaukan: kejadian ~ juga berlaku dlm masyarakat itu; memulaukan 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini; terpulau dipulaukan, disingkirkan; kepulauan sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau: ~ Melayu; ~ Riau; pemulauan perbuatan memulaukan, pem­boikotan, pengasingan: ~ terhadap barang-barang dr Afrika Selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : kawasan tanah yg dikelilingi air di laut atau di sungai: ~ Pinang; ~ Tioman. memulaukan 1 memisahkan dr yg lain; mengasingkan. 2 tidak mempedulikan; memboikot. kepulauan kumpulan beberapa buah pulau; gugusan pulau: ~ Melayu. pemulauan perbuatan atau hal memulaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulau

Puisi
 

Pulau Pisang Pulau Pauh,
     Sampai ketiga Pulau Kemudi;
Kami datang dari jauh,
     Kerana hendak membalas budi.


Lihat selanjutnya...(109)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
island hoppinglawatan pulau-pulauPelanconganTiadaProgram melawat dari satu pulau ke pulau yang lain dengan pelbagai aktiviti.
insular climateiklim kepulauanGeografiTiadaIklim yang dialami oleh pulau-pulau kecil atau kumpulan pulau yang pengaruh lautan adalah sangat penting.
islepulauGeografiTiadaIstilah yang digunakan sebagai nama tempat bagi pulau-pulau tertentu seperti British Isles, Isles of Scilly.
alluvial islandpulau aluviumGeografiTiadaMendapan aluvium di dalam alur sungai. Mendapan tersebut kelihatan seperti pulau-pulau pasir pada masa air surut
alluvial islandpulau aluviumGeologiTiadaMendapan aluvium di dalam alur sungai. Mendapan tersebut kelihatan seperti pulau-pulau pasir pada masa air surut
dalmation coastlinegaris pinggir-laut dalmatiaGeografiTiadaPinggir laut yang terdiri daripada semenanjung sempit, teteluk panjang dan pulau-pulau linear akibat pinggir laut yang ditenggelamkan oleh kenaikan aras laut.
geographical distributiontaburan geografiBiologiEkologiTaburan mendatar haiwan dan tumbuhan di darat dan di air, di benua-benua, dan di pulau-pulau yang berbeza. Misalnya, taburan organisma di kawasan-kawasan tertentu yang dipisahkan oleh halangan fizik, seperti banjaran gunung, laut, sungai, dan tasik, serta halangan iklim, seperti suhu, kelembapan, dan cahaya, ataupun halangan biologi, seperti makanan dan musuh. Bandingkan taburan batimetrik.
maritime climateiklim kelautanSainsHidrometeorologiIklim yang dicirikan oleh julat suhu udara harian dan tahunan yang kecil. Iklim ini terdapat di pulau-pulau dan bahagian benua yang menghadap angin seperti kepulauan British, lebih khusus di bahagian paling barat.
fresh-water lenskanta air tawarHidrogeologiTiadaBadan air tawar yang terapung di atas tanah masin dalam akuifer yang sama, seperti di pulau-pulau atau gumuk pasir. Sin.: kanta Ghyben-Herzberg
desert island fictionfiksyen pulau tanpa penghuniKesusasteraanTiadaFiksyen yang menggunakan pulau yang terpencil sebagai latar tempat dan plot fiksyen tersebut. Dalam fiksyen atau cereka ini, pulau digunakan sebagai latar tempat, sesuai dengan kedudukannya yang terpencil dan jauh daripada dunia realiti. Fiksyen ini mengisahkan seorang watak utama yang tersadai di sebuah pulau yang terpencil. Watak tersebut menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan yang mengajarnya untuk mengenal diri. Dari segi sejarah, genre sastera ini lahir dan diperkenalkan oleh Defoe melalui karya Robinson Crusoe pada tahun 1719. Kemudian genre ini menjadi sesuatu yang universal dengan bentuk penceritaan atau plot yang hampir sama. Pada tahun yang sama, Defoe menerbitkan sambungan karyanya yang pertama berjudul The Further Adventure of Robinson Crusoe. Karya ini diadaptasikan dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Perancis dan Jerman, contohnya The Swiss Family Robinson (1814). Karya ini jug diadaptasikan ke dalam karya kanak-kanak seperti The Young Islanders (1841) karya J. Taylor. Dalam proses mengadaptasikan Robinson Crusoe, mempunyai beberapa persamaan dengan karya berjudul Hayy ibn Yaqzan oleh Ibn Tufayl, sasterawan Arab Andalus dari sudut latar tempat pulau dan tema pencarian diri. Dalam sesetengah karya, pulau dianggap tempat yang bersih, manakala dalam karya lain, pulau dianggap sudah tercemar.
12345678910...

Kembali ke atas