Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : kembali spt biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula (drpd sakit dll), menjadi baik (baharu lagi): kesihatannya ~ semula; keadaan sudah ~ spt sediakala; penghidupan telah ~ sedikit; perhubungan mereka ~ spt biasa; keberaniannya kembali ~ keberaniannya datang semula; pulang ~ pulih semula; memulihkan 1. mengembalikan kpd ke­adaan yg semula, membaikkan, menyembuh­kan: menawarkan khidmatnya utk menolong ~ keadaan; masa lapangnya digunakan utk menolong ~ akhlak budak-budak jahat; bagaimana kita ~ barang-barang yg rosak itu?; berusaha ~ lagi organisasi kaum buruh; 2. memberi kembali (kpd tuannya), memulang­kan, mengembalikan: ia ~ barang itu kpd tuannya; kepulihan keadaan pulih; pemulihan perbuatan memulihkan, pengem­balian kpd keadaan yg semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll): rundingan ~ hubungan antara dua negara yg bersengketa; satu lagi cara ~ buku drpd rosak ialah dgn menggunakan plastik; sekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan; ~ harga pengembalian harga drpd paras yg lebih rendah (akibat berlakunya kemerosotan harga) kpd keadaan sebelumnya atau paras yg lebih tinggi; pemulih alat utk memulihkan: injap ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : ; burung tua ~ sj burung, Malacopteron cinereum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : kembali spt sediakala; sembuh atau baik semula (bkn penyakit): Kesihatannya ~ kembali. memulihkan mengembalikan kpd keadaan yg semula; membaikkan; menyembuhkan: Kamu perlu berehat utk ~ kesihatan kamu. pemulihan hal atau perbuatan memulihkan sesuatu: ~ perlembagaan telah dirangka dan akan dilaksanakan selepas peperangan tamat. pusat ~ pusat atau tempat utk memulihkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulih (adjektif)
Bersinonim dengan sembuh, baik, sihat, betah, afiat;,
Kata Terbitan : memulihkan, pemulihan,

Puisi
 

Rusa batu disimpul pulih,
     Bunga sena dalam jerami;
Bagaimana tipu hendak boleh,
     Cuba guna dalam nyanyi.


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, perkataan pulih dalam frasa membaik pulih ialah kata adverba? Jika begitu, dalam ayat di bawah ini yang manakah adalah betul? 1. Cikgu sedang berusaha membaik pulih hubungan persahabatan antara Ali dengan Abu. 2. Cikgu sedang berusaha pulih membaik hubungan persahabatan antara Ali dengan Abu. 3. Cikgu sedang berusaha membaiki / membaikkan pulih hubungan persahabatan antara Ali dengan Abu.Membaik pulih ialah kata majmuk yang membawa maksud memeriksa dgn teliti utk membaiki atau utk memulihkan keadaan sesuatu alat.Tatabahasa28.05.2014
Jadi jika kata membaik pulih bermaksud memulihkan keadaan sesuatu alat, tuan tolong perhatikan ayat saya di bawah ini dan tentukan yang manakah betul. Minta tuan berikan penerangan. 1. Bapa telah membaik pulih keretanya yang rosak. 2. Bapa telah pulih membaik keretanya yang rosak. 3. Bapa telah membaik keretanya pulih yang rosak.Ayat yang betul ialah "Bapa telah membaik pulih keretanya yang rosak." Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, membaik pulih bermaksud membaiki serta memulihkan sesuatu (jentera, pesawat, dll) sehingga dapat digunakan atau dapat berfungsi dengan sempurna: perkhidmatan ~ kapal;.Tatabahasa28.05.2014
salam, saya bertugas sebagai seorang kerani, boleh saya tahu bagaimana ejaan perkataan baikpulih, membaikpulih . Adakah perkataan ini dijarak atau dicamtun. Teria KasihEjaan yang betul ialah baik pulih dan membaik pulih.Tatabahasa20.10.2011
Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk Body & Paint Centre. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Pusat Baik Pulih Badan Kenderaan dan Cat PERODUA 2. Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Penyemburan Cat PERODUAPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur CatLain-lain16.07.2014
Ejaan perkataan 'baikpulih' atau 'baik pulih'?Ejaan yang betul ialah baik pulih.Tatabahasa09.07.2009
A. Apakah perbezaan 'hembus' dan 'tiup' Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. B. Penjodoh bilangan bagi 'pingat" Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda. 2. Nabilah telah memenangi beberapa butir pingat dalam sukan berkuda.

A) Dalam Kamus Dewan menghembus dan meniup sama maknanya iaitu meniup/menghembus, mengeluarkan nafas (udara) dari mulut. Oleh itu, ayat; 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. dan 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. adalah betul.

B) Penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah buah, ayat "Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda." adalah betul.

Tatabahasa05.07.2009
Menaiktaraf atau menaik taraf - dikenal pasti atau dikenalpasti - membaik pulih atau membaikpulihEjaan yang betul ialah menaik taraf, dikenal pasti dan membaik pulih.Ejaan02.03.2015
Saya ingin bertanya tentang penggunaan ayat-ayat bagi nama aktiviti kedai di bawah untuk semua pengedar HONDA di seluruh Malaysia: 1. Pusat Jualan, Servis, Alat Ganti, Baik Pulih dan Mengecat 2. Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti 3. Pusat Baik Pulih dan Mengecat 4. Pusat Servis, Alat Ganti, Baik Pulih dan MengecatCadangan daripada pihak kami, sebaiknya perkataan kenderaan di tambah di setiap hujung ayat bagi menerangkan secara khusus keterangan aktiviti perniagaan tersebut. Kesemua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan dalam keterangan aktiviti perniagaan.Tatabahasa29.04.2019
Salam sejahtera, Bolehkah "selected system restore point" diterjemahkan kepada "titik pemulihan sistem terpilih" atau "titik pulih sistem terpilih"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Terjemahan yang boleh digunakan ialah titik pulih sistem terpilih.Penyemakan dan penterjemahan31.01.2018
Mana satukah yang betul - 1)kos rawatan atau kos perawatan atau kos merawat? 2) kerja-kerja membaik pulih atau kerja-kerja pembaikpulihan? Terima kasih atas perhatian anda.

Puan Junita,

Ayat yang betul ialah 1. kos rawatan 2. kerja-kerja membaik pulih

Ejaan06.10.2010
12345

Kembali ke atas