Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : kembali spt biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula (drpd sakit dll), menjadi baik (baharu lagi): kesihatannya ~ semula; keadaan sudah ~ spt sediakala; penghidupan telah ~ sedikit; perhubungan mereka ~ spt biasa; keberaniannya kembali ~ keberaniannya datang semula; pulang ~ pulih semula; memulihkan 1. mengembalikan kpd ke­adaan yg semula, membaikkan, menyembuh­kan: menawarkan khidmatnya utk menolong ~ keadaan; masa lapangnya digunakan utk menolong ~ akhlak budak-budak jahat; bagaimana kita ~ barang-barang yg rosak itu?; berusaha ~ lagi organisasi kaum buruh; 2. memberi kembali (kpd tuannya), memulang­kan, mengembalikan: ia ~ barang itu kpd tuannya; kepulihan keadaan pulih; pemulihan perbuatan memulihkan, pengem­balian kpd keadaan yg semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll): rundingan ~ hubungan antara dua negara yg bersengketa; satu lagi cara ~ buku drpd rosak ialah dgn menggunakan plastik; sekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan; ~ harga pengembalian harga drpd paras yg lebih rendah (akibat berlakunya kemerosotan harga) kpd keadaan sebelumnya atau paras yg lebih tinggi; pemulih alat utk memulihkan: injap ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : ; burung tua ~ sj burung, Malacopteron cinereum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lih] | ڤوليه

Definisi : kembali spt sediakala; sembuh atau baik semula (bkn penyakit): Kesihatannya ~ kembali. memulihkan mengembalikan kpd keadaan yg semula; membaikkan; menyembuhkan: Kamu perlu berehat utk ~ kesihatan kamu. pemulihan hal atau perbuatan memulihkan sesuatu: ~ perlembagaan telah dirangka dan akan dilaksanakan selepas peperangan tamat. pusat ~ pusat atau tempat utk memulihkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pulih (adjektif)
Bersinonim dengan sembuh, baik, sihat, betah, afiat;,
Kata Terbitan : memulihkan, pemulihan,

Puisi
 

Rusa batu disimpul pulih,
     Bunga sena dalam jerami;
Bagaimana tipu hendak boleh,
     Cuba guna dalam nyanyi.


Lihat selanjutnya...(20)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chronickronikBiologiMikrobiologiKeadaan yang menggambarkan jangkitan yang hilang timbul kerana tidak beransur pulih atau beransur pulih secara perlahan-lahan.
reclaimed landtanah pulih gunaGeografiTiadaTanah yang telah dibaik pulih atau dipulihara supaya boleh digunakan.
reclaimed landtanah pulih gunaGeologiTiadaTanah yang telah dibaik pulih atau dipulihara supaya boleh digunakan.
workover rigrig kerja pulihKejuruteraanTiadaRig untuk menjalankan operasi kerja pulih telaga.
workover fluidbendalir kerja pulihKejuruteraanTiadaBendalir bagi mengawal telaga semasa kerja pulih telaga.
restoring forcedaya pulihMekanikGunaanDaya yang mengembalikan atau cenderung untuk mengembalikan jasad kepada kedudukan atau bentuknya yang asal. Misalnya, apabila pegas diregang, daya pulih mengembalikannya ke panjangnya yang asal. Daya ini memainkan peranan yang penting dalam analisis getaran.
everhaulbaik pulihKimiaTiada(bagi sistem skru dan nat) Berputar balik ke kedudukan asal di bawah tindakan beban paksi apabila usaha ditiadakan. Sesuatu mesin akan membaik pulih jika kecekapan ke depan ialah 50% atau lebih. Lihat juga penguncidirian, kecekapan ke depan.
everhaulbaik pulihMekanikGunaan(bagi sistem skru dan nat) Berputar balik ke kedudukan asal di bawah tindakan beban paksi apabila usaha ditiadakan. Sesuatu mesin akan membaik pulih jika kecekapan ke depan ialah 50% atau lebih. Lihat juga penguncidirian, kecekapan ke depan.
loss tangenttangen kehilanganKejuruteraanTiadaNisbah perpuluhan bagi bahagian boleh pulih terhadap bahagian tak boleh pulih tenaga elektrik yang diperkenalkan ke dalam bahan menebat oleh pembentukan medan elektrik pada bahan itu.
temporary total disabilityhilang upaya menyeluruh sementarainsuransTiadaKeadaan yang pihak tercedera tidak boleh bekerja langsung semasa dia sedang beransur pulih daripada kecederaannya itu. Walau bagaimanapun ia dijangka akan pulih.
12345678910...

Kembali ke atas