Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pul.mo.na.ri] | ڤولموناري

Definisi : (Ubat) berkaitan dgn paru-paru: arteri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulmonari


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pulmonary blood vesselvesel darah pulmonariVeterinarPraklinikalPembuluh darah pulmonari yang terdiri daripada dua jenis; iaitu arteri pulmonari dan vena pulmonari. Arteri pulmonari memanjang dari ventrikel kanan ke paru-paru yang membawa darah ternyahoksigen dari ventrikel kanan ke paru-paru. Vena pulmonari pula memanjang dari atrium kiri ke paru-paru yang membawa darah teroksigen dari paru-paru ke strium kiri.
pulmonary embolismembolisme pulmonariPerubatanTiadaTrombus yang boleh menyekat sesuatu cabang arteri pulmonari, dan mengakibatkan vasokonstriksi pulmonari. Keadaan ini menyebabkan gangguan ventilasi dan perfusi yang mengakibatkan hipoksemia dan iskemia pulmonari dan akhirnya infarksi pulmonari.
pulmonary circulationedaran pulmonariPerubatanTiadaPeredaran darah antara jantung dan paru-paru . Darah kurang oksigen mengalir melalui arteri pulmonari ke paru-paru dari ventrikel kanan. Darah yang kaya dengan oksigen kembali ke atrium kiri melalui vena pulmonari.
cardiovascular monitoringpemonitoran kardiovaskularPerubatanTiadaPengawasan fungsi sistem kardiovaskular yang melibatkan denyutan dan ritma jantung, tekanan darah arteri, vena pusat, arteri pulmonari dan baji kapilari pulmonari serta ketepuan oksigen darah arteri. Pengawasan parameter ini penting untuk memastikan keluaran jantung yang normal bagi menjalankan fungsi fisiologi.
benzine poisoningkeracunan benzinaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada benzina, iaitu hidrokarbon petroleum. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan pulmonari dan penekanan sistem saraf pusat. Keracunan akut akibat penyedutan atau pengingesan menyebabkan loya dan muntah, batuk, kerengsaan pulmonari yang berubah menjadi edema pulmonari, kahak berdarah, dan pneumonia bronkus dengan demam dan batuk. Pengingesan dalam jumlah yang lebih besar, iaitu melebihi I cm3/kg menimbulkan gejala penekanan sistem saraf pusat dan kerengsaan, termasuklah keadaan lemah, pening, pernafasan perlahan dan singkat, tidak sedar, konvulsi dan koma. Keracunan kronik akibat penyedutan menyebabkan pening, keadaan lemah, hilang berat badan, anemia, kerisauan, gementar, sakit dalam anggota, rasa kebas pada bahagian hujung anggota, dan parestesia. Penemuan makmal menunjukkan pengiraan sel darah merah kurang, sumsum tulang mungkin menunjukkan hipoplasia, dan air kencing mungkin mengandungi protein dan sel darah merah. Penemuan patologi dalam keracunan akut termasuk edema pulmonari, pneumonia bronkus, dan kerengsaan gastrousus. Perubahan degeneratif dalam hati dan buah pinggang dan hipoplasia sumsum tulang terjadi selepas penyedutan lama pada kepekatan yang tinggi.
pulmonary infarctioninfarksi pulmonariPerubatanTiadaNekrosis setempat pada peparu yang terhasil akibat halangan arteri pulmonari oleh embolus.
pulmonary arteryarteri pulmonariVeterinarPraklinikalArteri yang bermula dari ventrikel kanan ke paru-paru. Arteri pulmonari membawa darah ternyahoksigen dari ventrikel kanan ke paru-paru untuk dioksigenkan.
pulmonary veinvena pulmonariVeterinarPraklinikalVesel darah yang bermula dari paru-paru ke atrium kiri. Vena pulmonari membawa darah teroksigen dari paru-paru ke atrium kiri.
arteryarteriPerubatanTiadaSaluran yang mengalirkan darah dari arah jantung ke semua bahagian tubuh. Saluran ini lazimnya mengalirkan darah teroksigen, kecuali arteri pulmonari. Dinding saluran ini terdiri daripada lapisan luar (tunika adventitia), lapisan tengah (tunika media) dan lapisan dalam (tunika intima). Misalnya, arteri pulmonari. Lihat juga aorta, arteriol, kapilari.
pulmonarypulmonariPerubatanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas