Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lun] | ڤولون

Definisi : ; berpulun-pulun 1. bergumpal-gumpal atau berkepul-kepul naik ke atas (bkn asap); 2. berlipat-lipat, bertompok-tompok (kain); memulun-mulun menggulung-gulung, melipat-lipat (kain dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lun] | ڤولون

Definisi : Kd (ber)sungguh-sungguh: bukan main lagi dia ~ buat kerja itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pulun
Kata Terbitan : berpulun-pulun, memulun-mulun,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan Inggeris "cram down"? Hal ini kerana "cram" boleh diterjemahkan sebagai "pulun" tetapi terjemahan yang sama mungkin tidak mencapai maksud dalam konteks penggunaan sektor kewangan. Masalah yang sama juga didapati untuk perkataan Inggeris "Super priority" yang biasanya digunakan dalam konteks kewangan. Sekiranya diterjemah dengan terus sebagai "keutamaan amat", penggunaan perkataan "amat" mungkin tidak dapat menyampai maksud bagi fungsinya sebagai frasa nama. Oleh itu, apakah terjemahan yang sesuai untuk frasa "super priority"?Cadangan terjemahan untuk perkataan, cram down dan super priority ialah penyusunan semula hutang dan keutamaan khas. Untuk makluman tuan perkara ini juga telah kami rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi dan sekiranya ada istilah baharu kami akan hubungi tuan melalui e-mel.Penyemakan dan penterjemahan04.05.2021

Kembali ke atas