Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : getah (drpd tumbuh-tumbuhan utk me­nangkap burung); memulut 1. menangkap burung dll dgn getah, menggetah (burung dll): ia selalu ~ burung tekukur; 2. ki memikat (hati), membujuk­-bujuk: banyak gadis yg terpikat kepadanya kerana dipulut dgn kata-kata yg manis; terpulut 1. kena pulut, terlekat; 2. terpikat (hatinya), tertipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : getah yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk menangkap burung. memulut menangkap burung dgn menggunakan pulut; menggetah burung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulut I

Puisi
 

Orang Arab mengukus pulut,
     Pulut dikukus ke daun pisang;
Kami tak harap manis di mulut,
     Manis pandai hilang datang.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Sebab pulut santan binasa,
     sebab mulut badan binasa.

Bermaksud :

Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
puteri salat[pu.t«.Äi sA.lAt] sejenis kuih daripada pulut yang dikukus bersama santan dan dilapis di atasnya dengan sejenis seri kaya, khususnya seri kaya pandan berwarna hijau, seri muka.   
kue kepal[ku.we k«.pAl] sejenis kuih dibuat daripada pulut yang dikisar kasar, dimasak bersama santan dan gula merah dan digunakan untuk bunga pahar.   
rangin [[ÄA.Nin]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut, kelapa parut dan sedikit gula yang digaul bersama dan dibakar.   
tepong torak[t«.poN to.ÄA/] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut berisi gula merah yang dibungkus dengan daun pisang berbentuk kun dan dikukus.   
tepong gomak[t«.poN go.mA/] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut berintikan kelapa yang direbus atau dikukus dan setelah direbus atau dikukus digolekkan pada tepung kacang hijau.   
kelepon[k«.le.pon]kata namakuih seperti bola kecil yang dibuat daripada tepung pulut dan berintikan gula melaka atau gula merah serta bersalut kelapa parut, onde-onde buah melaka.   

Kembali ke atas