Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : getah (drpd tumbuh-tumbuhan utk meĀ­nangkap burung); memulut 1. menangkap burung dll dgn getah, menggetah (burung dll): ia selalu ~ burung tekukur; 2. ki memikat (hati), membujukĀ­-bujuk: banyak gadis yg terpikat kepadanya kerana dipulut dgn kata-kata yg manis; terpulut 1. kena pulut, terlekat; 2. terpikat (hatinya), tertipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : getah yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk menangkap burung. memulut menangkap burung dgn menggunakan pulut; menggetah burung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulut I

Puisi
 

Orang Arab mengukus pulut,
     Pulut dikukus ke daun pisang;
Kami tak harap manis di mulut,
     Manis pandai hilang datang.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Sebab pulut santan binasa,
     sebab mulut badan binasa.

Bermaksud :

Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSaya tak harap padi pulut, Padi pulut banyak antahnya; Saya tak harap janji mulut, Janji mulut banyak susahnya.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab mengukus pulut, Pulut dikukus ke daun pisang; Kami tak harap manis di mulut, Manis pandai hilang datang.
Kurik Kundi Merah SagaKe kedai membeli pulut, Pulut dibeli di kaki lima; Alang-alang kasih di mulut, Kasih di hati kami terima.
Kurik Kundi Merah SagaJangan diharap mengukus pulut, Pulut dikukus bergantang-gantang; Jangan diharap kasih di mulut, Kasih pandai hilang datang.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari; Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaPulut panggang isi liat, Minum kopi di pagi hari; Hanguslah padang adik melihat, Hanguslah hati hancur sekali.
Kurik Kundi Merah SagaBuah pulut di tepi kota, Buah dipetik sehari-hari; Cukup hairan hati saya, Intan manikam jadi sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaPadi pulut di tepi hutan, Dimakan kera dengan babi; Hati perut diganggu syaitan, Satu kerja pun tak menjadi.
Kurik Kundi Merah SagaPadi pulut beras segantang, Gula sekati buat tambahnya; Hujan ribut pohon bergoncang, Gempa di hati buruk padahnya.
Kurik Kundi Merah SagaTumbuk pulut di lesung tinggi, Anak Pak Pandir tangkap belalang; Hidupkan rumput bunuhkan padi, Tentu sawah bertumbuh lalang.
123

Kembali ke atas