Kurik Kundi Merah Saga | Saya tak harap padi pulut, Padi pulut banyak antahnya; Saya tak harap janji mulut, Janji mulut banyak susahnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Arab mengukus pulut, Pulut dikukus ke daun pisang; Kami tak harap manis di mulut, Manis pandai hilang datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke kedai membeli pulut, Pulut dibeli di kaki lima; Alang-alang kasih di mulut, Kasih di hati kami terima. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan diharap mengukus pulut, Pulut dikukus bergantang-gantang; Jangan diharap kasih di mulut, Kasih pandai hilang datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari; Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulut panggang isi liat, Minum kopi di pagi hari; Hanguslah padang adik melihat, Hanguslah hati hancur sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pulut di tepi kota, Buah dipetik sehari-hari; Cukup hairan hati saya, Intan manikam jadi sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi pulut di tepi hutan, Dimakan kera dengan babi; Hati perut diganggu syaitan, Satu kerja pun tak menjadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi pulut beras segantang, Gula sekati buat tambahnya; Hujan ribut pohon bergoncang, Gempa di hati buruk padahnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tumbuk pulut di lesung tinggi, Anak Pak Pandir tangkap belalang; Hidupkan rumput bunuhkan padi, Tentu sawah bertumbuh lalang. |