Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun] | ڤون

Definisi : 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan …; bahkan …: Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(120)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pun ukir (Ib.)pun ukir (Ib.)KesenianTiadaBahagian utama dalam ukiran yang menjadi permulaan dalam ukiran, motifnya pelbagai bentuk.
punpanKesusasteraanTiadaPermainan kata-kata berdasarkan persamaan dari segi bunyi antara dua perkataan yang berlainan makna.
punpanLinguistikTiadaTiada
notwithstandingwalau apa punUndang-undangTiadaTiada
nothing in this enactmenttiada apa-apa pun dalam enakmen iniUndang-undangTiadaTiada
broken rhymerima putusKesusasteraanPuisiRima yang dibentuk oleh penyair dengan memutuskan atau mematahkan sesuatu perkataan yang terletak di hujung baris sebuah puisi terutama puisi moden. Contohnya, puisi "Doa Orang Sengsara" karya Moechtrif Awang. i Di padang bagai ular kemarau melingkar jerami pun terbakar di laut bagai harimau gelombang mengaum ikan pun menggelepar di ladang bagai kucing hujan mencakar susu pun cair.
agnosticismagnostisismeSejarahTiadaFahaman bahawa tidak ada sesuatu pun yang boleh diketahui tentang Tuhan atau benda lain selain benda yang wujud.
vapourtightkedap wapSosiologiTiadaKeadaan terkurung sehingga wap pun tidak boleh memasukinya.
graded profileprofil tergredGeografiTiadaProfile cerun bukit atau pun profil panjang sebuah sungai di mana wujud keseimbangan di antara hakisan, angkutan dan mendapan.
graded profileprofil tergredGeologiTiadaProfile cerun bukit atau pun profil panjang sebuah sungai di mana wujud keseimbangan di antara hakisan, angkutan dan mendapan.
12345678910...

Kembali ke atas