Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.nah] | ڤونه

Definisi : 1. binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah: tanaman mereka habis ~ dimakan babi; bandar yg cantik itu ~ dibom oleh kapal terbang Jepun; 2. mati semuanya (tidak ada lagi yg tinggal sisanya): larangan itu diadakan utk mengawal supaya binatang-binatang itu jangan sampai ~; 3. hilang semuanya, lenyap semuanya, musnah: mendengar itu ~lah harapannya; ~-ranah rosak binasa; memunahkan menghabiskan semuanya, melenyapkan semuanya, membinasakan semua­nya, memusnahkan, menghancurkan: mereka mencuri dan ~ harta benda orang; kepunahan perihal (keadaan) punah, kemus­nahan, kehancuran; pemunahan perbuatan memunahkan: ~ tanah di negeri-negeri yg beriklim sederhana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.nah] | ڤونه

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Tetrameristaceae, tuyut (Sabah), entuyut (Sarawak), Tetramerista glabra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.nah] | ڤونه

Definisi : 1 habis rosak atau binasa sama sekali: Segala tanaman mereka ~ dimakan belalang. 2 habis hilang atau lenyap; musnah. memunahkan menjadikan punah; membinasakan sama sekali. pemunahan perbuatan memunahkan; pemusnahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tupai mengusik bunga durian,
     Durian berbuah di depan rumah;
Tidak menyesal hari kemudian,
     Supaya badan tidak punah.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Punah RanahMokhtar MimiHarian Ekspres11.01.1976
Punah RanahMokhtar MimiHarian Ekspres11.01.1976
PunahMohd. AliudinHarian Ekspres20.02.1993
Punah RanahMokhtar MimiHarian Ekspres01.01.1976
Noktahnya Punah!Kamariah KamarudinMingguan Tempo17.10.1993
10 bahasa di dunia punah setiap tahunAzman IsmailUtusan Malaysia31.01.2008
Kenapa dibiarkan rumah-rumah punah ranahPak SakoUtusan Zaman27.03.1983
Pasar Seni: Central Market Yang PunahWan Zahari AliBerita Minggu30.08.1987
Pembelajaran bahasa Melayu di Sri Lanka punah kerana tak ada naungandari kerajaanTiadaHarian Ekspres21.12.1982
Ketiadaan naungan kerajaan punca bahasa Melayu di Sri Lanka 'punah'TiadaBintang Timur21.12.1982

Kembali ke atas