Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.nah] | ڤونه

Definisi : 1. binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah: tanaman mereka habis ~ dimakan babi; bandar yg cantik itu ~ dibom oleh kapal terbang Jepun; 2. mati semuanya (tidak ada lagi yg tinggal sisanya): larangan itu diadakan utk mengawal supaya binatang-binatang itu jangan sampai ~; 3. hilang semuanya, lenyap semuanya, musnah: mendengar itu ~lah harapannya; ~-ranah rosak binasa; memunahkan menghabiskan semuanya, melenyapkan semuanya, membinasakan semua­nya, memusnahkan, menghancurkan: mereka mencuri dan ~ harta benda orang; kepunahan perihal (keadaan) punah, kemus­nahan, kehancuran; pemunahan perbuatan memunahkan: ~ tanah di negeri-negeri yg beriklim sederhana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.nah] | ڤونه

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Tetrameristaceae, tuyut (Sabah), entuyut (Sarawak), Tetramerista glabra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.nah] | ڤونه

Definisi : 1 habis rosak atau binasa sama sekali: Segala tanaman mereka ~ dimakan belalang. 2 habis hilang atau lenyap; musnah. memunahkan menjadikan punah; membinasakan sama sekali. pemunahan perbuatan memunahkan; pemusnahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tupai mengusik bunga durian,
     Durian berbuah di depan rumah;
Tidak menyesal hari kemudian,
     Supaya badan tidak punah.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
punahpunahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Tetramerista glabra. daripada famili Tetrameristaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah tuyut, dan di Sarawak ialah entuyut. Gubal kayu punah dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya sederhana kasar dan sekata, dengan ira yang lurus, bersimpul dan berpilin. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 625 hingga 800 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana . Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan, tetapi dengan cacat yang teruk. Kayu ini sederhana tahan dan dapat diawet dengan memuaskan. Kayu sesuai untuk kerja binaan berat, tiang, perabot tahan lasak dan lantai.
non-destructive techniqueteknik tak punahArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik analisis yang tidak merosakkan, memusnahkan atau memecahkan artifak. Kaedah ini melibatkan kajian makmal. Antaranya melalui teknik sinaran x-gama dan radiografi neutron. Teknik ini dapat mengesan bahagian dalam artifak dan elemennya tanpa meninggalkan sebarang kesan pada artifak. Contohnya, artifak mata tombak di Lembah Bernam (Selangor) dan duit binatang di Kota Kuala Muda (Kedah) dikesan retakan dan sambungan bahagian dalamnya apabila kaedah ini digunakan.
enclosed rhymerima berpelukKesusasteraanPuisiBunyi suku kata akhir puisi empat baris serangkap. Baris pertamanya berima atau sama bunyi dengan baris keempat, dan baris keduanya sama bunyi dengan baris ketiga. Contohnya, susunan rima a b b a. Dari darah, dari nanah yang punah di tanah, Rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata, Hasil manusia gila perang membunuh mesra, Bunga merah berkembang indah minta disembah.

Kembali ke atas