Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : 1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd ~-~ kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua ( ) (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (3 ) (spt 3 8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~; ~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan; berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : Mn; angin ~ beliung angin puting beliung (olakan angin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : 1 bahagian hujung tali (benang dll); hujung atau sudut kain (selendang) yg lepas tergantung: ~ tali pancing. 2 sebab yg menjadi asas; asal mula; pokok pangkal: Apakah yg menjadi ~ perbalahan ini? 3 tempat datangnya sesuatu; sumber (berita dll): Khabar ini didapat dr ~-~ yg boleh dipercayai. ~ kuasa dua ist pembahagi sesuatu kuantiti yg apabila digandakan dua kali akan memberikan nilai kuantiti tsb (spt punca kuasa dua 4 ialah 2; Ö4 = 2). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punca (kata nama)
1. Bersinonim dengan sumber: asas, asal, mula,

2. Bersinonim dengan pangkal: perdu, asal, mulanya, pokok, tajuk,

Kata Terbitan : berpunca,

Puisi
 

Sapu tangan punca merah,
     Mari sarung cincin suasa;
Luka tangan tampak berdarah,
     Luka hati menahan rasa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jika berjumbai tempat bergantung.

Bermaksud :

Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sediment sourcepunca-punca enapanKejuruteraanTiadaTiada
ion sourcesumber ionKejuruteraanTiadaPunca-punca yang boleh menghasilkan atom bercas, elektron bebas atau zarah subatom lain yang bercas.
adiabaticadiabatikGeologiTiadatanpa bantuan dari luar punca-punca pemanasan dan penyejukan.
earth currentarus bumiGeologiTiadaArus statik atau ulang-alik yang mengalir melalui bumi disebabkan punca-punca semula jadi, seperti medan magnet bumi.
existential counselingkaunseling kewujudanPsikologiPsikologi UmumKaedah kaunseling yang menumpukan perhatian terhadap aspek negatif yang dipersepsikan oleh klien. Menurut pendekatan ini, punca-punca kecelakaan atau psikopatologi ialah kegagalan klien untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu yang mereka lakukan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan humanistik yang menumpukan aspek positif dalam hidup klien. Dengan ini, matlamat kaunseling kewujudan adalah untuk menolong klien mengenali hakikat bahawa dalam kehidupan ini manusia mempunyai pilihan dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Klien diminta supaya berterus terang, amanah, terbuka dan suka bercampur gaul dengan orang lain. Contohnya, hubungan psikologikal sesama manusia boleh membantu mengatasi masalah ketakutan asas seperti kematian kerana apabila mereka memahami hakikat kewujudan mereka, maka akan terbentuk kenyakinan bahawa nama yang baik akan terus kekal dalam ingatan masyarakat selepas kematian mereka.
direct solar radiationsinaran suria terusMatematikTiadaBahagian tenaga sinaran yang diterima aktinometer terus dari matahari yang berbeza daripada sinaran resap langit, sinaran berkesan bumi, atau sinaran daripada punca-punca lain.
neutron sourcepunca neutronKejuruteraanPetroleumCampuran yang mengeluarkan sejumlah neutron bebas bertenaga tinggi untuk digunakan dalam beberapa kaedah pengelogan telaga keradioaktifan. Satu contoh punca yang biasa dipakai ialah campuran radium dengan berilium. Rujuk : punca kapsul; punca pemecut.
two-way switchsuis dua halaTeknikElektrikSuis yang mempunyai tiga punca; satu punca sepunya dan dua lagi untuk pemilihan litar. Suis ini biasanya digunakan untuk mengawal lampu di dua tempat berasingan, seperti untuk mengawal lampu di tangga; satu suis dipasang di bahagian atas tangga dan satu lagi di kaki tangga.
intensitykeamatan; keintensitan; keteguhan; ketegasanMatematikTiada1. Keamatan: Keamatan punca sinaran. Fluks punca sinaran yang dipancarkan per unit sudut pepejal oleh suatu punca titik dalam arah tertentu dan diukur dalam kiraan watt per steradian.
n-th rootpunca kuasa n; punca ke-nMatematikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas