Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pung.gu/] | ڤوڠݢوق

Definisi : sj burung helang malam atau burung hantu, betemak, Ninox scutulata malaccensis; burung ~ api sj burung pungguk, Phodilus b. badius; spt ~ merindukan bulan dikatakan kpd orang yg sangat rindu pd ke­kasihnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pung.gu/] | ڤوڠݢوق

Definisi : tidak berekor (ayam dll), dogel, dogeng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pung.gu/] | ڤوڠݢوق

Definisi : nama sj burung hantu, Ninox scutulata malaccensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pungguk

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Seperti pungguk merindukan bulan.

Bermaksud :

Dalam percintaan (lelaki merindukan perempuan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
peribahasa pungguk rindukan bulan atau pungguk merindukan bulan

Dalam kebanyakan pantun dalam buku 'Kurik Kundi, Merah Saga' (Koleksi Pantun) mengungkapkan seperti yang berikut:

1. Seperti pungguk rindukan bulan

2. Macam pungguk rindukan bulan

3. Laksana pungguk rindukan bulan

 

Tetapi dalam contoh yang diberikan dalam KD4:

1.Seperti pungguk merindukan bulan.

 

 

Lain-lain20.02.2009
saya sedang mencari biodata dan biografi penulis m. yasin makmur atau dikenali dengan nama penanya iaitu pungguk.Sila rujuk bahan ini : 1.Pungguk: pelopor puisi Melayu moden Burhanuddin al-Rawi Karya 01/02/1998 . 2.Pungguk (1910-1971): pelopor puisi Melayu moden Zabidin Hj. Ismail Mutiara Malaysia 01/04/1995 . 3.Pungguk Dewan Sastera (Mekar Sastera) 01/11/2003 . 4.Wajah : biografi penulis Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1988 5.Wajah: biografi penulis [t.p.] Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005Lain-lain22.09.2007
Baru-baru ini saya ingin mendaftar nama syarikat, PUNGGUK BESAR (BIG OWL) dengan SSM. Pegawai itu menolak dengan mengatakan ia berunsur negatif kerana TIADA PUN NAMA BURUNG TERSEBUT katanya (dia tidak tahu burung hantu mempunyai sekurang-kurangnya tiga lagi nama). Saya memetik kamus Dewan edisi keempat yang dengan jelas menyenaraikan nama burung tersebut. Saya juga menerangkan ada peribahasa popular, bagai pungguk rindukan bulan dan lagu Melayu popular, burung pungguk yang dinyanyikan oleh P. Ramlee, Sharifah Aini dan ramai lagi. Juga peribahasa Inggeris, as wise as an owl, di mana dari sinilah saya mendapat ilham nama tersebut, yang akan membawa maksud kebijaksanaan yang besar. Syarikat saya akan menerbitkan buku dan menjual barangan berkaitan buku, alat tulis dan alat bantu mengajar. Penerangan ini juga ditolaknya dengan alasan ada unsur negatif. Setahu saya burung punai sahaja dikaitkan dengan unsur negatif bukan burung pungguk. Pendapat saya perbuatan melacurkan bahasa dengan makna yang kotor tidak harus dilayan seperti punai dan sekarang kunyit. Suatu hari nanti akan menjadi satu kesalahan untuk menggunakan nama 'stor kunyit' kerana ada maksud tersirat yang negatif. Justeru saya minta perhatian pihak DBP untuk menghentikan pihak yang mengaitkan perkataan pungguk dengan makna yang negatif seperti yang sedang dilakukan pegawai otak kuning ini. Terima kasih.Terima kasih atas maklumat dan aduan pihak tuan. Kami akan menghantar penjelasan makna "pungguk" ke alamat e-mel tuan. Terima kasih.Lain-lain02.07.2019
bolehkah pihak Khidmat Nasihat DBP jelaskan dengan lebih terperinci maksud terzina dan quatrain (kesusateraan)?

 

Saudara,

"Terzina" dan "Quatrain" merupakan istilah kesusasteraan yang merujuk kepada bentuk sajak. Bentuk sajak merujuk kepada binaan luar sajak seperti jumlah suku kata, perkataan, ayat, baris dalam rangkap, dan skema rangkap visual dan skema rima.

Daripada binaan sajak ini dapat ditentukan 2 bentuk sajak, iaitu sajak terikat dan sajak bebas.

Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan sajak itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Berdasarkan aspek itu bentuk sajak ditentukan mengikut pola berikut:

- distikhon

- terzina

- quatrain

- quantain

- sextet

- septet

- oktaf

Daripada pembahagian bentuk ini maka "Terzina" bermaksud sajak yang rangkapnya  terdiri daripada 3 baris:

contoh sajak "Dunia Sejahtera" oleh SN Usman Awang

Sisa hudup ini akan kita pelihara

dengan tanah bersama pohon menghijau indah

di atas tulang yang kurus, daging dan darah

 

dan "Quantrain" sajak yang terdiri daripada empat baris. contohnya sajak "Keindahan Yang Hilang" oleh Shamsudin Jaafar:

Malam hiba dadanya unggu luka

pungguk tersedu pilu di atas batu

Bulan tiada lagi mendandan wajah

bintang malam pudar sinarnya

 

sekian, terima kasih.

Sastera22.03.2011

Kembali ke atas