Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pung.gu/] | ڤوڠݢوق

Definisi : sj burung helang malam atau burung hantu, betemak, Ninox scutulata malaccensis; burung ~ api sj burung pungguk, Phodilus b. badius; spt ~ merindukan bulan dikatakan kpd orang yg sangat rindu pd ke­kasihnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pung.gu/] | ڤوڠݢوق

Definisi : tidak berekor (ayam dll), dogel, dogeng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pung.gu/] | ڤوڠݢوق

Definisi : nama sj burung hantu, Ninox scutulata malaccensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pungguk

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Seperti pungguk merindukan bulan.

Bermaksud :

Dalam percintaan (lelaki merindukan perempuan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan menggetah pungguk, Pungguk bersarang tali temarang; Pada tuan tembaga buruk, Pada saya intan berkarang.
Kurik Kundi Merah SagaBunyi pungguk Kuala Sipitang, Pungguk tidak berbayang tinggi; Jangan pula abang datang, Abang tidak bermalam sini.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi pungguk Kuala Petang, Pungguk tidak terbang tinggi; Jangan tunduk abang datang, Abang tidak suka begini.
Kurik Kundi Merah SagaSi pungguk helang karikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh dia unjuk berikan, Pepat di luar rencong di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaHelang pungguk helang perikan, Tidur siang jaga malam; Jari telunjuk diberikan, Pepat di luar rencong di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaHelang pungguk helang berikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh unjuk tidak berikan, Pepat di luar rencong di dalam.
Kurik Kundi Merah SagaLang pungguk terbang berbalik, Hinggap seekor pohon keladi; Barang buruk jangan dibelek, Silap mata kena beli.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pungguk burung dewata, Hinggap mari di ranting mati; Sungguhpun duduk jauh di mata, Kasih tetap di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana pungguk menali, Benang setongkol dibahagi lima; Lama sudah kami menanti, Padang belukar menjadi rimba.
Kurik Kundi Merah SagaMerayu-rayu si burung pungguk, Hinggapnya pula di hujung dahan; Ke tanah suci lalu dijenguk, Ke rumah hamba haram tak datang.
123

Kembali ke atas