Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pung.gu/] | ڤوڠݢوق

Definisi : sj burung helang malam atau burung hantu, betemak, Ninox scutulata malaccensis; burung ~ api sj burung pungguk, Phodilus b. badius; spt ~ merindukan bulan dikatakan kpd orang yg sangat rindu pd ke­kasihnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pung.gu/] | ڤوڠݢوق

Definisi : tidak berekor (ayam dll), dogel, dogeng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pung.gu/] | ڤوڠݢوق

Definisi : nama sj burung hantu, Ninox scutulata malaccensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pungguk

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Seperti pungguk merindukan bulan.

Bermaksud :

Dalam percintaan (lelaki merindukan perempuan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam.Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pungguk merindukan bulan.Dalam percintaan (lelaki merindukan perempuan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak lang, si pungguk menjadi lang.Di tempat yang tiada orang pandai, si bodoh mengaku dirinya pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!). (Bandingkan dengan: Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tetaguk di rumah tinggal.Bekerja sendirian, tetapi riuh bunyinya. tetaguk = burung pungguk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang.Dalam kalangan orang-orang bodoh, orang yang berpengetahuan sedikit akan mengakui dirinya pandai daripada yang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak lang, si pungguk menjadi lang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas