Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pungut;

Puisi
 

Hanyut-hanyut makan belunut,
     Hanyut sampai ke dalam bayan;
Duduk rambang makan tak pungut,
     Anak dara di Palimbayan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara pungut, kutip dan ambil dalam konteks pengambilan bungkusan? Saya lihat istilah pick-up diberikan makna kutip/kutipan oleh PRPM tetapi kutip itu bukankah bermaksud terlihat lalu mengambil ataupun mengambil wang daripada suatu pihak? Begitu juga dengan pungut, bukankah maksud pungut ialah mengumpulkan sesuatu atau mengambil sesuatu yang tiada pemilik? Mohon pencerahan.

Untuk mengetahui perbezaan dan persamaan makna perkataan “pungut, kutip dan ambil” saudara boleh membuat carian dan kajian dengan mengklik Carian kata dalam menu di sebelah kiri. Perkataan dalam bahasa Melayu sangat kaya dengan makna, bukan hanya padanan satu kata, satu makna. Perkataan “pungut, kutip dan ambil” juga mempunyai pelbagai makna berdasarkan penggunaan kata tersebut dalam binaan frasa, ayat dan wacana.   



Makna26.06.2022
Apakah perbezaan antara pungut, kutip dan ambil dalam konteks pengambilan bungkusan? Saya lihat istilah pick-up diberikan makna kutip/kutipan oleh PRPM tetapi kutip itu bukankah bermaksud terlihat lalu mengambil ataupun mengambil wang daripada suatu pihak? Begitu juga dengan pungut, bukankah maksud pungut ialah mengumpulkan sesuatu atau mengambil sesuatu yang tiada pemilik? Mohon pencerahan.

Berikut adalah makna perkataan-perkataan tersebut yang boleh dirujuk kepada konteks istilah “pick-up”. (Rujukan KAMUS DEWAN PERDANA)

 Pungut -mengambil atau mengutip (sesuatu) yang ada di bawah seperti di lantai atau di tanah kerana jatuh dan lain-lain.

 Kutip - mengambil (sesuatu), satu demi satu dengan tangan atau alat khas.

 Ambil - memegang dan mengangkat (sesuatu atau seseorang) lalu dibawa, diangkut, disimpan dan sebagainya.

 Kutipan - Hasil daripada mengutip sesuatu.

Lain-lain02.06.2022
Cikgu, apakah beza antara "lahir" dengan "dilahirkan"? Minta lihat dua ayat ini. 1. Pungut lahir pada tahun 1957. 2. Pungut dilahirkan pada tahun 1957. Ada perbezaankah antara dua ayat?Kedua-dua perkataan "lahir" dan "dilahirkan" boleh digunakan dalam ayat tersebut. 1. Pungut lahir pada tahun 1957. 2. Pungut dilahirkan pada tahun 1957.Tatabahasa14.03.2015
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan?1. Segi tiga dan bilik mandi.

2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat.

3. Buah hati dan pukul curi.
Tatabahasa17.10.2013
Bolehkah istilah 'self-pickup' atau 'self-collection' dipadankan dengan 'swapungut'? Contoh penggunaan, there will not be postal fees if the customer goes for self-pickup/self-collection at our outlets diterjemahkan sebagai Caj pengeposan tidak akan dikenakan jika pembeli memilih untuk swapungut di cawangan kami.Perkataan swapungut boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkataan yang lebih sesuai untuk "self-pickup" atau "self-collection" ialah ambil atau pungut sendiri.Istilah15.10.2018
Bolehkah tuan/puan perincikan maksud "malam semalam" berserta contoh yang jelas? Misalnya, bilakah masanya yang merujuk kepada malam semalam sekiranya hari ini adalah hari Isnin? Ini kerana kata ini banyak digunakan oleh media massa dan saya memerlukan pencerahan DBP sebagai pakar.Semalam sebagai kata nama boleh merujuk kepada malam tadi sebelum tibanya waktu siang (Kamus Dewan Perdana hlmn. 1397). Sekiranya hari ini ialah hari Isnin, semalam ialah malam pada hari Ahad (7.00 malam - 12.00 tengah malam), manakala malam semalam ialah malam pada hari Sabtu (7.00 malam - 12.00 tengah malam). Oleh itu, malam semalam boleh digunakan dalam ayat seperti contoh yang berikut:

Durian yang Pak Lah pungut di dusun malam semalam masih ada lagi. 
Makna29.08.2023

Kembali ke atas