Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ngu.tan] | ڤوڠوتن

Definisi : sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ngu.tan] | ڤوڠوتن

Definisi : apa-apa yg dipungut: wang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pungut
Kata Terbitan : memungut, pungutan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUNGUTAN SUARA

Pungutan suara ialah pengundian oleh rakyat

tentang sesuatu persoalan. Pungutan suara

memberi peluang kepada semua pengundi di

sesebuah negara atau wilayah untuk membuang

undi bagi menentukan dasar kerajaan atau

cadangan undang-undang yang baru. Dalam

pungutan suara, pengundi hanya menyokong atau

menentang sesuatu cadangan. Kadangkala

pungutan suara juga dikenali sebagai plebisit .

UMUM 
PLEBISIT

Plebisit ialah pungutan suara rakyat terhadap

sebarang persoalan. Istilah itu kini bermaksud

pengundian para penduduk dalam sesebuah

wilayah untuk memilih negara yang akan

memerintah mereka. Plebisit pertama kali

digunakan pada tahun 1790-an, apabila rakyat Nice

dan Savoy mengundi untuk memilih atau

menentang penyatuan dengan kerajaan Perancis.

UMUM 
SYED ABDUL RAHMAN, DATO' KELANASYED ABDUL RAHMAN, Dato’ Kelana ( ? – 1889), Undang Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Beliau menggantikan bapa saudaranya, Dato’ Kelana Sendeng, yang meninggal dunia pada tahun 1872. Ketika menjadi Dato’ Kelana, Syed Abdul Rahman menerima cabaran daripada Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal tentang pungutan cukai di Kuala Linggi. Pada 21 April 1874, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan pihak British. Dengan termeterainya perjanjian ini, beliau bersetuju berlindung di bawah kerajaan British. Beliau juga bersetuju meletakkan kawasan dari Sempang hingga Permatang Pasir di bawah pentadbiran dan kawalan British.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas