Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = mempunyai menaruh, ada, memi­liki: kau masih ~ duit?; ~ kerja Jk berhajat (mengadakan perayaan perkahwinan dll); 2. = kepunyaan sesuatu yg dimiliki, hak, milik: buku ini ~ saya bukan ~ tuan; 3. = yg ~ = tuan ~ yg memiliki, pemilik: tolong kembalikan buku ini kpd tuan ~nya; manusia sejati yg ~ segala kemungkinan; ini saya ~ saya pemiliknya (kepunyaan saya); 4. bp milik drpd; dia ~ fasal fasalnya; dia ~ rumah rumahnya; engkau ~ salah salahmu; tuan ~ hal hal tuan; 5. bp sesudah begitu lama (berjalan, berhitung, berfikir, dll), dgn sungguh-sungguh, baik-baik (utk mempersangat): jalan ~ jalan bersualah mereka dgn seorang perempuan; hitung ~ hitung wang itu ternyata kurang juga apabila dihitung-hitung atau apabila dihitung betul­-betul; fikir ~ fikir akhirnya diterimanya juga tawaran itu sesudah berfikir-fikir atau sesudah difikirkan sungguh-sungguh; pilih ~ pilih terdapat nyiur ditebuk tupai apabila memilih­milih sangat terdapat yg tidak elok; sepunya dimiliki (dipunyai) bersama oleh dua pihak atau lebih: kerjasama ini jelas kelihatan dgn munculnya satu bidang ~; berpunya 1. ada yg punya (empunya), sudah dimiliki, bertuan: harta tidak ~ harta yg tidak ada pemiliknya; 2. sudah bersuami (beristeri), sudah bertunang: gadis itu sudah ~, jangan diganggu lagi; 3. berada, kaya (orang): dia suka bergaul dgn orang yg ~ sahaja; mempunyai, mengepunyai ark, mengem­punyai ark memiliki, menaruh: fantasi sebenarnya suatu pembawaan yg tidak dipunyai oleh tiap-tiap orang; Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yg dungu tetapi ~ daya berfikir; mempunyakan ark 1. menjadikan milik; 2. mempunyai; kepunyaan sesuatu yg dipunyai (oleh), hak, milik: kebanyakan tanah ini ~ orang kampung; pemunya yg empunya, yg mempunyai, pemilik; empunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang yg memiliki sesuatu; pemiliknya; tuannya; empunya: Rumah ini saya ~. Baju itu tuan ~. 2 = yg ~ yg memiliki; yg empunya: Cincin di jari siapa ~? Rumah itu siapa ~? 3 bp (utk menegaskan maksud kata yg diulang) dgn sungguh-sungguh: Cari ~ cari, tidak juga ditemukan. berpunya 1 ada yg empunya; ada pemiliknya; bertuan: Tanah ini belum ~. 2 sudah beristeri atau bersuami; sudah bertunangan: Jangan ganggu wanita yg sudah ~. 3 kaya; berada: Sekarang dia sudah tidak sudi menjenguk kami yg tidak ~ ini. mempunyai ada menaruh atau menyimpan sesuatu; ada yg dimilikinya; memiliki: Ayahnya ~ harta yg banyak. kepunyaan sesuatu yg dipunyai; hak milik: Kereta ini ~ siapa? sepunya ist dipunyai bersama-sama oleh dua kuantiti atau lebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punya
Kata Terbitan : berpunya, mempunyai, kepunyaan,

Puisi
 

Anak Cina pulang ke China,
     Sampai ke China menjual ragi;
Engkau punya aku pun punya,
     Sama sekerat kita berbahagi.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Manusia punya asa,
     Tuhan punya kuasa.

Bermaksud :

Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya. asa = harapan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
sesuatu yang mempunyai dua ekor. (UBAT) bicephalus (dwikepala) Perihal sesuatu yang mempunyai dua kepala. (UBAT) biconical antenna (antena dwikerucut) Antena yang terdiri daripada dua kerucut logam yang mempunyai paksi se- punya sama ada puncak bertepatan atau bersebelahan dengan kabel sepaksi atau pemandu gelombang dan kedua-dua puncaknya dihubungkan. Kerucut itu pula mempunyai paksi sepunya dengan kabel sepaksi dan penghantar gelom - bang

Kembali ke atas