Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.pa] | ڤوڤا

Definisi : (Bio) serangga pd peringkat perkem­bangan antara larva dgn dewasa yg biasanya tidak aktif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pa] | ڤوڤا

Definisi : ist ulat yg sedang dlm peringkat tidak aktif sebelum menjelma menjadi kupu-kupu atau rama-rama; kepompong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pupa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUPA

Pupa ialah peringkat yang agak tidak aktif dalam

metamorfosis (perkembangan) kebanyakan

serangga. Dalam metamorfosis lengkap , larva

makan sehingga membesar sepenuhnya (lihat

Larva ). Kemudian larva bersalin kulit menjadi pupa,

satu bentuk sementara yang membolehkan

struktur dewasa berkembang. Serangga dewasa

muncul dengan memecahkan “kulit” pupa.

Peringkat pupa mungkin lamanya satu atau dua

hari, atau sehingga satu tahun atau lebih,

bergantung pada spesies. Peringkat ini

membolehkan sesetengah serangga dewasa,

seperti rama-rama, mempunyai ciri-ciri

yang sangat berbeza daripada ciri-ciri larva. Ia

juga membolehkan sesetengah serangga yang

berkembang mengelakkan kepanasan dan

kesejukan yang melampau, kebuluran, dan

kemarau.

UMUM 
KOKUN

Kokun ialah selaput perlindungan yang menyaluti

pupa dan kadangkala larva banyak serangga.

UMUM 

Kembali ke atas