Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah: bekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yg kian ~; sbg seorang yg berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dgn kerana hidupnya yg sengsara itu; ia sudah ~ ia tidak mempunyai kaum keluarga lagi; harta bendanya telah ~ harta bendanya habis semuanya; memupuskan membinasakan, memunah­kan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu menghilangkan malu; terpupus sudah terhapus (hilang, lenyap, dll): perbuatanmu yg derhaka itu merupakan suatu aib yg tidak akan ~ lagi; kepupusan hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali: kajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri; memelihara warisan budaya drpd ~; pemupusan perihal (perbuatan dsb) memu­puskan, pemusnahan, penghapusan: kadar pemulihan hutan yg tidak seimbang dgn kadar ~; pemupus orang yg memupuskan; ~ orang orang yg menolong menghilangkan malu (orang lain), penyelamat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : Jw pucuk yg masih muda, daun muda: ~ daun pisang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : habis lenyap sama sekali; habis binasa semuanya; habis tidak berbaka lagi: Harta bendanya sudah ~. Pihak kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu utk mengelakkannya drpd ~. memupuskan merosakkan atau memusnahkan sama sekali; menghapuskan: ~ malu menghilangkan malu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pupus
Rujuk :punah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extinct speciesspesies pupusPerikananTiadaSpesies fauna dan flora yang telah lenyap. Spesies ini dianggap lenyap apabila tidak ditemukan dalam tempoh 50 tahun. Kepupusan fauna dan flora ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perubahan iklim, aktiviti memburu, penyakit, kemusnahan habitat, bencana alam dan kemasukan spesies eksotik. Contoh spesies ikan yang telah pupus ialah ikan megalodon.
extinctpupusFizikTiadaTiada
extinctpupusPertanianTiadaTiada
extinctpupusBiologiGenetikPerihal tamat garisan evolusi tanpa keturunan. bd. ekstan.
extinct speciesspesies pupusGeografiTiadaTiada
extinct generationgenerasi pupusGeografiTiadaTiada
extinct speciesspesies pupusPerhutananTiadaTiada
blighted areakawasan pupus; kawasan merosotGeografiTiadaTiada
blighted areakawasan pupus; kawasan merosotSosiologiTiadaTiada
extinction of speciespupus spesiesKejuruteraanTiadaKepupusan spesies hidupan dari bumi.
12345

Kembali ke atas