Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ra.pu.ra] | ٢ ڤورا

Definisi : tidak sungguh-sungguh, main-main sahaja: bukan sakit sungguh, melainkan ~ saja; berpura-pura berbuat seakan-akan (seolah-olah), melakukan dirinya spt (seseorang dsb yg bukannya dirinya yg sebenar), berlagak: seorang ahli sihir ~ menjadi seorang perempuan tua yg peramah; ~ tidak tahu; ~ tidak melihat; kepura-puraan perbuatan dll yg hanya pura-pura sahaja, kepalsuan: dia ingin mendedahkan segala ~ yg diamalkan oleh gadis itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ra.pu.ra] | ٢ ڤورا

Definisi : tidak sungguh-sungguh atau tidak betul-betul: Mereka itu pejuang ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pura-pura

Puisi
 

Singapura bernama Selat,
     Kain sutera bercampur benang;
Pura-pura hantap melihat,
     Dalam hati syukur mengenang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Menanduk dengan papar.

Bermaksud :

Kekerasan yang pura-pura. papar = rata.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tonic immobilitypura-pura matiUmumTiadaTiada
arm feinttumbuk acahSukanTiadaTumbukan pura-pura untuk mengelirukan pihak lawan.
conscious mimicrykemimikan kesedaranBiologiEkologiKemimikan dengan cara berpura-pura pengsan atau mematikan diri. Misalnya, oposum berpura-pura mati apabila berhadapan dengan musuh.
mallpuraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
village mallpura desaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
village mallpura desaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
manufactured foulkesalahan buatanSukanTiadaKeadaan apabila pemain berpura-pura menunjukkan bahawa lawan telah melakukan kesalahan.
braggadociobraggadocioKesusasteraanTiadaWatak kudi yang memiliki sifat sombong, bongkak, suka berpura-pura dan bercakap besar, tetapi sebenarnya seorang yang pengecut.
artificial comedykomedi pepuraKesusasteraanTiadaKomedi yang memberikan gambaran tentang masyarakat yang berpura-pura.
autoclesiskata rahsiaKesenianDrama dan TeaterPermainan kata yang diucapkan oleh sesuatu watak dengan berpura-pura tidak mahu memberitahu hal yang sebenar walaupun maksud yang tersirat telah difahami oleh watak lain dan penonton.
12

Kembali ke atas