Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pur.ba] | ڤوربا

Definisi : sl zaman dahulu, dahulu; masa (zaman) ~ zaman dahulu; kepurbaan perihal (keadaan, sifat dsb) purba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pur.ba] | ڤوربا

Definisi : yg dahulu-dahulu; yg lampau; lama: Setiap tahun, beribu-ribu pelawat mengunjungi Yunani utk menyaksikan bangunan-bangunan ~. zaman ~ zaman yg dahulu-dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
purba (adjektif)
Bersinonim dengan silam, kuno, dahulu, bahari, usang, primitif, arkaik, tua, lama;,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROM PURBA

Rom Purba. Kisah Rom purba ialah kisah

bagaimana sebuah masyarakat kecil yang terdiri

daripada gembala kambing di pedalaman Itali,

berkembang sehingga menjadi sebuah empayar

yang terbesar dalam sejarah – dan kemudian

mengalami keruntuhan. Mengikut legenda orang

Rom, bandar Rom telah diasaskan pada tahun 753

S.M. Menjelang tahun 275 S.M., Rom menakluk

sebahagian besar Semenanjung Itali. Pada zaman

kemuncaknya, iaitu pada tahun 100-an M.,

UMUM 
YUNANI PURBA

Yunani Purba ialah tempat lahir tamadun Barat

kira-kira 2500 tahun lalu. Kegemilangan kerajaan

orang Yunani purba dalam bidang sains, falsafah,

dan kesenian terus mempengaruhi kehidupan kita

kini.

UMUM 
PARSI PURBA

Parsi Purba ialah negara yang meliputi Iran

dan Afghanistan kini. Parsi purba pernah

diperintah oleh Cyrus yang Agung, Darius I,

Xerxes, dan beberapa pemimpin lain. Perkataan

Parsi berasal daripada Persis, nama Yunani bagi

rantau ini. Parsi ialah negara maju dan pusat

empayar yang luas. Parsi juga dikenali sebagai

tanah Aryan, dan daripada perkataan ini terbentuk

nama bagi Iran yang bahasanya dikenali sebagai

bahasa Arya.

UMUM 
SATURN

Saturn ialah dewa awal dalam mitos Rom purba.

Masyarakat Rom purba menyifatkannya sebagai

dewa kesuburan dan tanaman, tetapi tidak banyak

mitos tentangnya yang masih wujud. Nama asalnya

mungkin Etruscan. Pada mulanya Saturn

mempunyai identiti yang berasingan. Kemudian,

orang Rom purba mengenalpastinya dengan dewa

Yunani, iaitu Cronus. Isteri Saturn ialah Ops, iaitu

dewi kesuburan dan penuaian.

UMUM 
TAMADUN PURBA

Tamadun Purba adalah satu istilah yang

membawa pengertian tamadun-tamadun yang

berkembang luas pada zaman silam. Istilah ini

digunakan khas bagi menunjukkan cara kehidupan

yang terdapat di sekitar Laut Mediterranean dari

tahun 3000 S.M. hingga kejatuhan Rom pada tahun

476 M. Ia juga termasuk tamadun besar yang

berkembang luas, iaitu yang dibina oleh orang

Assyria, Mesir, Ibrani (Hebrew) dan Parsi.

UMUM 
MESIR PURBA

Mesir Purba ialah tempat wujudnya salah satu

peradaban dunia yang pertama. Kebudayaan yang

maju ini muncul lebih kurang 5000 tahun dahulu di

Lembah Sungai Nil di bahagian timur laut Afrika.

Kebudayaan itu berkembang subur selama lebih

2000 tahun lalu menjadi salah sebuah peradaban

yang paling lama bertahan dalam sejarah.

UMUM 
ARAB PURBA, KERAJAAN

Arab Purba, Kerajaan ialah kerajaan yang

wujud sebelum kedatangan Islam yang saling

berbeza daripada segi kekuatan dan kelemahan.

UMUM 
NUBIA

Nubia ialah wilayah Afrika purba. Ia meliputi

sebahagian daripada Sudan kini. Nubia menganjur

di sepanjang Sungai Nil dari sempadan selatan

Mesir purba hingga hampir-hampir ke Khartoum,

iaitu di Sudan.

UMUM 
MILETUS

Miletus ialah salah sebuah kota Yunani purba yang

paling besar. Kota ini terletak di sebelah pantai barat

Asia Kecil di daerah Ionia (lihat Yunani Purba [peta]).

Pelabuhan Miletus yang terkenal menjadikan kota ini

sebuah pusat perdagangan yang penting. Pada tahun

700-an dan 600-an S.M, kolonis dari Miletus

menduduki sepanjang pantai Hellespont (terusan

yang kini dikenal sebagai Dardanelles) dan Laut

Hitam. Kira-kira pada tahun 600 S.M., ahli falsafah

Yunani yang bernama Thales telah mengasaskan

Milesia, sekolah falsafah yang terkemuka.

UMUM 
THRACE

Thrace ialah nama purba satu kawasan yang luas

di Semenanjung Balkan yang menganjur dari utara

Macedonia ke Sungai Danube, dan ke timur

hingga sejauh Laut Hitam. Wilayah Thrace purba

kini terbahagi kepada Bulgaria, Greece, dan Turki.

Gunung-ganang di Thrace mengandungi

longgokan emas dan perak yang bernilai.

Datarannya yang luas digunakan untuk

perladangan dan penternakan kuda dan lembu.

Penduduk Thrace merupakan orang Indo-

Eropah yang menggemari peperangan dan

perampasan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas