Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pur.ba] | ڤوربا

Definisi : sl zaman dahulu, dahulu; masa (zaman) ~ zaman dahulu; kepurbaan perihal (keadaan, sifat dsb) purba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pur.ba] | ڤوربا

Definisi : yg dahulu-dahulu; yg lampau; lama: Setiap tahun, beribu-ribu pelawat mengunjungi Yunani utk menyaksikan bangunan-bangunan ~. zaman ~ zaman yg dahulu-dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
purba (adjektif)
Bersinonim dengan silam, kuno, dahulu, bahari, usang, primitif, arkaik, tua, lama;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ErosErosKesusasteraanTiadaNama Dewa Percintaan bangsa Yunani purba. Bangsa Roman purba mengenalinya sebagai cupid. Dewa percintaan ini sering muncul dalam karya sastera klasik Eropah. Istilah Eros bersinonim dengan konsep nafsu cinta dan berahi. Dalam bidang psikiatri, istilah Eros merujuk kepada tahap keinginan seks seseorang.
archaickuno/purbaKesusasteraanTiadaSesuatu yang bersifat purba, lama dan tua.
archaickuno/purbaKomunikasiTiadaSesuatu yang bersifat purba, lama dan tua.
archaickuno/purbaKesusasteraanTiadaSesuatu yang bersifat purba, lama dan tua.
archaickuno/purbaSejarahTiadaSesuatu yang bersifat purba, lama dan tua.
ancient artseni purbaKesenianTiadaSeni yang dihasilkan pada zaman purba.
einkorneinkorn (gandum purba)SejarahTiadaJenis gandum yang berbentuk leper seperti bijirin barli, dianggap jenis tanaman purba dan tumbuh biasanya di tanah yang kurang subur di Eropah Tengah.
cursive hieratictulisan Mesir purbaSejarahTiadaTulisan berangkai, condong dan bersambung yang ditemui pada zaman Mesir purba digunakan untuk tujuan keagamaan.
ancientpurbaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSesuatu yang bersifat lama yang berkaitan dengan zaman silam, iaitu dari zaman prasejarah hingga ke zaman kejatuhan Empayar Rom pada 476SM.. Mengikut Akta Bendapurba 1976, purba bermaksud peninggalan yang berusia 100 tahun ke atas. Contohnya, Kota Kuala Kedah, Kedah. Sinonim kuno.
archaic stagetahap purbaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTahap perkembangan awal ketamadunan . Tahap ketamadunan dinasti awal Mesir mula berkembang pada 3200 SM - 2800 SM. Pada tahap ini budaya mula berkembang tetapi pemerintahan pradinasti masih belum bersatu. Di Greek, tahap ketamadunan nya bermula bermula sekitar 750 SM � 480 SM manakala di Amerika Syarikat tahap purba merujuk kepada tahap perkembangan budaya.
12345678910

Kembali ke atas