Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pur.ba.kala] | ڤورباکالا

Definisi : masa dahulu sekali, zaman kuno, dahulukala; ahli ~ orang yg mempunyai pengetahuan tentang barang-barang atau hal-hal kuno; ilmu ~ pengetahuan tentang barang-barang atau keadaan zaman kuno; kepurbakalaan hal (ciri dsb) yg berkaitan dgn purbakala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pur.ba.kala] | ڤورباکالا

Definisi : masa atau zaman yg dahulu-dahulu; zaman lampau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
purbakala (kata nama)
Bersinonim dengan zaman purba, dahulu kala, zaman dahulu, zaman bahari;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan untuk sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala, semuanya dieja rapat. Mengapa untuk kata barang kala dieja dengan berjarak? Ini merujuk kepada 'carian PRPM@DBP Malaysia. Mohon penjelasan.Tuan/puan yang dihormati, Berikut ialah penjelasan pengejaan frasa barang kala: Setelah dibuat penelitian dan penyemakan, tiada penjelasan khusus yang dapat diberikan berhubung pengejaan barang kala yg dieja sebagai dua perkataan dan tidak dieja sebagai satu kata seperti sangkakala, kadangkala, purbakala, manakala, senjakala, dahulukala, tatkala, apakala, berkala, sekala dan berkala-kala. Meskipun maksud perkataan barang kala mempunyai kaitan dengan masa, zaman, waktu dan sebagainya, namun pengejaannya tetap berjarak. Dalam Kamus Dewan (1970) lagi, kata barang kala dimasukkan sebagai frasa di bawah kata masukan barang dengan paparan seperti yang berikut: barang bila (kala) sesuatu waktu, bila masa sahaja Begitu juga dengan Kamus Besar Bahasa Indonesia, Kamus Umum Bahasa Indonesia, Kamus Nusantara, Kamus Bahasa Melayu Winstedt, A Malay – English Dictionary oleh RJ Wilkinson yang diterbitkan sejak tahun 50-an lagi. Kesemua kamus yang dirujuk ini memaparkan ejaan barang kala sebagai dua perkataan. Semoga penjelasan ini menjawab persoalan yang dikemukakan. Sekian, terima kasih.Ejaan14.12.2017
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya, entri "firaun" membawa saya kepada makna "raja Mesir (pd zaman purbakala)". Namun, mengapakah ia tidak dieja dengan huruf besar memandangkan ia merupakan kata nama khas? Sekian, terima kasih.Perkataan firaun  dieja dengan huruf kecil kerana ia merupakan gelaran atau jawatan bagi kerajaan Mesir.Ejaan07.12.2020
sambungan ... 1.Apa yang dimaksudkan dengan simpulan bahasa zaman bahari?Zaman bahari ialah zaman purbakalaMakna27.07.2007
BERIKAN DEFINISI ZAMAN SERTA PRASEJARAHMaksud zaman ialah jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya). Pra sejarah pula ialah (pengetahuan mengenai masa) sebelum sejarah tertulis, zaman purbakala. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih.Makna06.06.2008
Shafini Latif Jun 13th, 7:16pm Assalamualaikum, mohon pencerahan daripada pihak tuan, baru2 ini saya telah ditegur kerana menggunakan perkataan 'Jakun' dianggap tidak menjaga sensitiviti, kononnya jakun hanya khusus untuk orang asli tidak lagi boleh dipakai untuk membawa maksud lain. saya tidak tahu ada perubahan begitu. kerana padakali terakhir saya menyemak kamus Jakun membawa 3 maksud termasuk 'sangat mudah kehairanan apabila ternampak sesuatu yang baru kerana belum pernah melihatnya dahulu'. adakah benar salah jika menggunakan perkataan jakun bagi membawa maksud lain? ada akta ke?Ini data korpus berkaitan kosa kata jakun. Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Edisi Kedua Jakun II penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Dewan Edisi Keempat jakun I perkataan Minangkabau yang bermaksud halkum - Kamus Dewan Edisi Keempat Jakun penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan) - Kamus Pelajar Selain itu, berdasarkan sumber rujukan kami hanya dua maksud yang tersebut membawa maksud jakun, berkemungkinan terdapat dialek di daerah tertentu memberikan peluasan makna kepada kata jakun untuk maksud yang lain lagi. Perkataan yang sesuai ialah kolot. Kolot (adjektif) yang bersinonim dengan kuno: mundur, terkebelakang, primitif, konservatif, ortodoks, tidak maju, cara lama, cara purbakala, dan juga bersinonim dengan jumud: kaku, beku, Antara perkataan lain yang sesuai ialah hairan, iaitu 1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum: ~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dgn berbagai-bagai bentuk dan corak; 2. aneh, ajaib, pelik, ganjil: ~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban kpd masalah itu dgn begitu pantas; ~ bin ajaib aneh sekali, sungguh aneh; menghairani berasa hairan terhadap, me­ngagumi: sekali lagi ia ~ segala apa yg hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu; menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil): kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~; terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan): berdiri­lah dia di situ ~; kehairanan 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia ter­cengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihirau­kan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. Untuk maklumat lanjut boleh menggunakan perkhidmatan percuma yang disediakan oleh DBP, iaitu http://prpm.dbp.gov.myIstilah13.06.2015

Kembali ke atas