Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.run] | ڤورون

Definisi : sj tumbuhan (rumput), Lepironia articulata (mucronata); ~ tikus tum­buhan (rumpai), Fimbristylis globulosa; rumput ~ batu sj tumbuhan (rumpai), a) rumput serai jantan (janggut kuau, kepala lalat halus, salah pemakai), Fimbristylis aestivalis; b) rumput para-para, rumput kepala lalat, Fimbristylis diphylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.run] | ڤورون

Definisi : nama sj rumput yg dpt dianyam menjadi tikar, Lepironia articulata. ~ tikus nama sj rumpai, Fimbristylis globulosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata purun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami sebuah syarikat pemaju perumahan ingin menamakan pembangunan kami dengan cadangan nama : RESIDENSI PURUN. Adakah penggunaan nama ini diluluskan oleh pihak DBP?. Sekian, terima kasihApakah kewajaran pemilihan nama RESIDENSI PURUN? Jika dikaitkan dengan nama tempat atau nama syarikat, penamaan ini boleh digunakan. Walau bagaimanapun jika pemilihan ini tiada kaitan dengan kedua-dua unsur tersebut, kami mencadangkan penamaan ini ditukar kepada nama yang lebih gah. Untuk makluman, purun bermaksud sejenis rumput atau rumpai (boleh lihat purun">http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=purun), sedangkan untuk sesuatu penamaan itu adalah lebih baik nama yang kelihatan gah dan dinamik digunakan.Lain-lain09.01.2018
Aslm tuan, saya ada soalan berkaitan etimologi bagi "rusiga". Adakah rusiga ini sebenarnya kependekan bagi "rumput segi tiga"? Selain itu, saya ingin bertanya tentang padanan rasmi bagi "rush", iaitu sejenis tumbuhan bak rumput dalam keluarga Juncaceae. Adakah purun boleh dipakai?1. Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) rusiga ialah tumbuhan jenis herba daripada famili Cyperaceae yang batangnya bersegi, bulat atau leper serta kasar, akarnya menjalar, daunnya runcing, bunganya halus berjambak dan berbeza-beza mengikut jenis, biasanya tumbuh di kawasan lapang dan kering, mis rumput sendayan. Tidak terakam asal usul kata rusiga ini daripada kependekan rumput segi tiga. Frasa rumput segi tiga juga tidak dijadikan entri/frasa dalam KDP.

2. purun 1;  purun danau ialah rumput sendayan yang hidup di dalam paya atau air yang cetek, dan ditanam di beberapa bahagian di Borneo untuk dijadikan tikar dan bungkusan barang; Lepironia articulata;

purun tikus
ialah rumput sandang; Fimbristylis globulosa.

rumput sandang
ialah rumput yg berbatang leper, agak tinggi, banyak terdapat di kawasan tanah rendah dan lembap, dan batangnya yang dikeringkan boleh dijadikan bahan anyaman; purun tikus; Fimbristylis globulosa.

purun
2 ► rumput purun batu

rumput puruh batu
atau rumput purun batu ialah rumput kepala lalat (tumbuhan); Fimbristylis dichotoma.

rumput kepala lalat ialah rumput sederhana tinggi yang tumbuh berumpun, bunganya berjambak di tengah rumpun, berdaun tirus dan biasanya berbulu, hidup liar di kawasan lapang, boleh dijadikan baja hijau, dan tumbuhan ini boleh dijadikan makanan binatang ternakan; rumput para-para; rumput purun batu; Fimbristylis dichotoma.

Berdasarkan senarai kata dalam PRPM dan KDP, tiada padanan tepat bagi rush yang berkaitan dengan sejenis rumput. Kata purun atau frasanya hanya boleh digunakan jika nama saintifik tumbuhan/rumput tersebut sama seperti yang tersebut di atas.
Makna04.09.2023

Kembali ke atas