Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.run] | ڤورون

Definisi : sj tumbuhan (rumput), Lepironia articulata (mucronata); ~ tikus tum­buhan (rumpai), Fimbristylis globulosa; rumput ~ batu sj tumbuhan (rumpai), a) rumput serai jantan (janggut kuau, kepala lalat halus, salah pemakai), Fimbristylis aestivalis; b) rumput para-para, rumput kepala lalat, Fimbristylis diphylla. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.run] | ڤورون

Definisi : nama sj rumput yg dpt dianyam menjadi tikar, Lepironia articulata. ~ tikus nama sj rumpai, Fimbristylis globulosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata purun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PURUN

Purun ialah nama biasa bagi sekumpulan

tumbuhan bak rumput yang biasanya tumbuh di

rawang dan meadow, dan kadangkala dalam air

tenang. Purun sebenar tergolong dalam satu famili.

UMUM 
RAWANG

Rawang ialah kawasan basah yang ditumbuhi

tumbuhan tidak berkayu seperti mensiang, rumput,

purun, dan rusiga. Kawasan basah yang ditumbuhi

pokok dan belukar dinamakan paya (lihat Paya ).

UMUM 
BAKUL

BAKUL, bekas untuk mengisi barang, yang dianyam daripada bahan yang senang dilengkung dan dijalin seperti rotan, buluh, mengkuang, purun, bemban dan lain-lain. Menganyam bakul bermula dari dasar membawa ke atas bagi semua reka bentuk. Apabila selesai ukuran yang dikehendaki, anyaman dikemaskan dan dimatikan dengan jalinan rotan halus atau bemban, ataupun diapit dengan gelang rotan atau buluh di mulut bakul dan kemudian dijalin untuk meneguhkannya.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas