Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.rut] | ڤوروت

Definisi : berbintil-bintil, kasap, kasar (kulit); limau ~ sj limau yg kasap kulitnya, Citrus papeda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata purut

Puisi
 

Limau purut dipancung putus,
     Diputus dengan hujung pedang;
Harimau mati dilanggar tikus,
     Buaya mati di tepi gudang.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
modified starch, spice extract, seaweed, kaffir lime, vegetable powder, Japanese rice crackerkanji diubah suai, pati rempah, rumpai laut, limau purut, serbuk sayur, biskut berasIstilah12.12.2008
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara limau dan oren ? 2. Kalau ada perbezaan,bagaimanakah kita dapat menjelaskan perbezaannya kepada murid ? Terima kasih.

"Limau" ialah buah yang berbentuk bulat, bulat leper atau bujur berulas, banyak air dan berasa masam-masam manis atau manis. Terdapat pelbagai jenis limau seperti limau bali, limau nipis, limau purut dan lain-lain lagi. "Oren" pula ialah buah yang sederhana besar, berkulit tebal berwarna jingga, berasa masam-masam manis, biasanya dimakan mentah dan dibuat jus. Secara keseluruhannya, tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya.
Tatabahasa27.11.2022

Kembali ke atas