Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.rut] | ڤوروت

Definisi : berbintil-bintil, kasap, kasar (kulit); limau ~ sj limau yg kasap kulitnya, Citrus papeda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata purut

Puisi
 

Limau purut dipancung putus,
     Diputus dengan hujung pedang;
Harimau mati dilanggar tikus,
     Buaya mati di tepi gudang.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Citrus hystrixlimau purutPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
lyrateliratHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun seperti oblanseolat tetapi terbahagi kepada dua pasang cuping atau lebih. Contohnya, daun limau purut (Citrus hystrix).
luteinluteinHerbaPemiawaianPigmen karotenoid berwarna kuning yang terdapat dalam tumbuhan. Contoh herba yang mengandungi lutein ialah limau kasturi (Citrus microcarpa) dan limau purut (Citrus hystrix).
antiemeticantiemetikHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat mencegah muntah atau melegakan rasa loya. Contohnya, ekstrak buah mengkudu (Morinda citrifolia), rizom halia (Zingiber officinale) dan buah atau daun limau purut (Citrus hystrix) yang bersifat antiemetik.
volatile oilminyak meruapHerbaTiadaMinyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati.

Kembali ke atas