Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OMSK

Omsk (pend. 1 159 000) ialah pusat pembuatan

yang penting di Rusia. Omsk terletak di sepanjang

Sungai Irtysh di Siberia, kira-kira 2190 kilometer

di timur Moscow. Omsk merupakan salah sebuah

bandar yang terbesar di Siberia. Untuk lokasi,

lihat Rusia (peta politik).

UMUM 
SAMARA

Samara (pend. 1 250 000) ialah pusat pembuatan

yang utama di Rusia dan pelabuhan Sungai Volga

(lihat Rusia [peta politik]). Sebuah telaga minyak yang

besar dan ladang gandum yang subur terletak

berhampiran Samara. Loji kuasa hidroelektrik

Samara meliputi sebuah empangan di Sungai Volga.

Keluaran pembuatannya termasuk kapal terbang,

makanan dan lokomotif. Samara ditukar namanya

kepada Kuybyshev pada tahun 1935, apabila Rusia

menjadi sebuah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia

dinamakan semula sebagai Samara pada tahun 1991,

tidak lama sebelum Republik Soviet menjadi negara

merdeka.

UMUM 
NIZHNIY NOVGOROD

Nizhniy Novgorod (pend. 1 443 000) ialah pusat

perindustrian di Rusia. Ia terletak di cabang sungai

Volga dan Oka (lihat Rusia [peta politik]). Nizhniy

Novgorod , ialah salah sebuah bandar tertua di

Rusia, terkenal sebagai Cradle of the Russian

Empire (tempat bermulanya Empayar Rusia).

UMUM 
PENGAJIAN MELAYU DI LUAR NEGARA

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI LUAR NEGARA, pengajian Melayu di beberapa pusat di luar negara.  Pusat-pusat pengajian Melayu di luar negara ditubuhkan di beberapa tempat seperti Amerika Syarikat, Belanda, China, Itali, Jerman, Rusia, Thailand, United Kingdom, Australia, Poland dan Filipina.  Tertubuhnya pusat ini ekoran daripada minat beberapa pedagang Barat terhadap bahasa Melayu.

BAHASAInstitusi/Organisasi
SOFIA

Sofia (pend. 1 056 945; pend. kaw. met. 1 142 582)

ialah ibu negara dan bandar terbesar di Bulgaria,

di samping merupakan pusat ekonomi dan

kebudayaan yang terpenting. Bandar ini terletak di

barat Bulgaria dan dikelilingi oleh Banjaran Balkan

dan banjaran gunung lain. Untuk lokasinya, lihat

Bulgaria (peta).

UMUM 
NAIROBI

Nairobi (pend. 1 162 189) ialah ibu negara Kenya

dan merupakan pusat komersial terpenting di

timur Afrika. Bandar ini terletak di dataran tinggi di

pusat selatan Kenya.

UMUM 
PUSAT PEMBINAAN DAN PENGEMBANGAN BAHASAPUSAT PEMBINAAN DAN PENGEMBANGAN BAHASA,  badan kegiatan kebahasaan dan kebudayaan di Indonesia. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa ditubuhkan pada 1 April 1975.BAHASAInstitusi/Organisasi
SAN DIEGO,

San Diego, California (pend. 1 110 549; pend. kaw.

met. 2 498 016) ialah salah satu pusat pangkalan

udara dan aeroangkasa yang utama di Amerika

Syarikat. Ia terletak di sudut barat daya California, di

sempadan Amerika Syarikat-Mexico. Bandar raya ini

meliputi kawasan seluas 1020 kilometer persegi,

termasuk 181 kilometer persegi perairan

pedalaman. Di sini terletaknya pusat pentadbiran

Kaunti San Diego.

UMUM 
MILAN

Milan (pend. 1 369 231), bandar kedua terbesar di

Itali. Rom mempunyai lebih penduduk berbanding

Milan. Milan terkenal sebagai pusat kewangan,

pembuatan dan perdagangan antarabangsa yang

utama bagi Itali. Bandar terletak di utara Itali,

berhampiran dengan jalan tembus melalui

pergunungan Alps. Ini menjadikannya sebagai

pusat perdagangan sejak tahun 100-an M. (lihat Itali

[peta politik]). Ramai pelancong yang melawat

Milan untuk melihat hasil seni yang tidak ternilai

harganya di situ. Milan ialah ibu wilayah Lombardy,

salah satu wilayah politik Itali. Nama bandar ini

dalam bahasa Itali ialah Milano.

UMUM 
ADELAIDE

Adelaide (pend. 1 023 617) ialah ibu negeri dan

pelabuhan utama Australia Selatan. Bandar raya ini

dinamakan sempena nama Permaisuri Adelaide,

permaisuri kepada raja England, William IV. Adelaide

ialah pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan,

dan kebudayaan yang paling penting di Australia

Selatan. Ia juga merupakan pusat pengangkutan

utama serta pusat pemungutan dan pengedaran

barang pembuatan di Australia Selatan.

UMUM 
123456

Kembali ke atas