Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.sa.tan] | ڤوستن

Definisi : ark pusat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.sa.tan] | ڤوستن

Definisi : titik yg di tengah-tengah sekali (pd bulatan, lingkaran rajah, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pusatan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pusatanark pusat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pusatantitik yg di tengah-tengah sekali (pd bulatan, lingkaran rajah, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
pusat1. lekuk di tengah-tengah perut (bekas tempat usus berhubungan dgn uri ketika baru lahir): maka dikerat ~nya lalu dibedung dgn kain putih; tali ~ usus yg menyambungkan perut bayi dgn uri; 2. = pusatan titik yg di tengah-tengah sekali (pd bulatan, lingkaran rajah, dll); garis(an) ~ garis(an) yg di tengah­-tengah; 3. kawasan (daerah) yg letaknya di tengah-tengah benar: Masjid Negara letaknya di ~ Kuala Lumpur; 4. punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dll, tempat yg menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dsb yg utama atau tertentu: Kuala Lumpur ialah ~ pentadbiran negara; Universiti haruslah menjadi ~ pengajian tinggi dan kegiatan kebudayaan nasional; ~ penjagaan kanak-kanak dan bayi; ~ kesihatan; kantor ~ Id ibu pejabat; kerajaan (pemerintah) ~ kerajaan negeri (daerah), kerajaan nasional; pemimpin ~ pemimpin yg terutama (dlm syarikat dll), pemimpin di peringkat kebangsaan; 5. Id kerajaan atau pemerintah pusat; kuasa ~ kuasa kerajaan pusat; ~ air bahagian tengah pusingan air yg berupa lekuk; ~ alam (bumi) bahagian tengah alam (bumi); ~ belia tempat belia berkumpul; ~ berat titik tempat tumpuan semua berat (sesuatu benda); ~ hemodialisis tempat para pesakit buah pinggang menjalani proses pembersihan darah; ~ jala pertengahan jala; ~ jalan tempat tumpu jalan dr berbagai-bagai hala (dlm bandar); ~ kesihatan (bidan) klinik; ~ latihan tempat diadakan latihan; ~ pemerintahan (kerajaan) tempat yg jadi pokok kedudukan pemerintahan negara; ~ pengajian (tinggi) = ~ ilmu pengetahuan sekolah (tinggi), institut, dll; ~ penyelidikan (percubaan) tempat diadakan penyelidikan; ~ perhatian (pemerhatian) objek yg jadi tumpuan perhatian; ~ perusahaan tempat yg jadi pokok kedudukan perusahaan; ~ serenti tempat pemulihan orang yg bermasalah, terutamanya yg berkaitan dgn pena­gihan dadah; ~ tali air tempat kawalan bekalan air; ~ tenaga elektrik (listrik) Id kilang pembangkit elektrik; ~ jala pumpunan ikan prb orang yg menjadi tempat memulangkan sekalian hal ehwal dlm sesuatu kaum (sesuatu pekerjaan); sepusat (Mat) sama (satu) titik yg di tengah­-tengah (pd bulatan): bulatan ~; berpusat 1. seluruhnya berpunca (drpd), semuanya ditujukan atau dikumpulkan (di, pd), bertumpu (pd): kebanyakan cerita yg dikemukakannya ~ pd tema yg sangat sederhana dan biasa sahaja; perbualan mereka biasanya ~ pd soal kenaikan harga barang-barang; 2. mempunyai pusat (di), berkedudukan (di): Yamtuan itu di bawah pengaruh Kompeni Belanda yg ~ di Betawi; berpusatkan mempunyai pusat di: berkurangnya pengaruh kehidupan secara feudal yg ~ istana; memusat menumpu, mengarah, menuju: fikirannya lebih memberat dan lebih ~ pd soal lain; memusatkan mengarahkan (mengumpul­kan, menujukan, dll) ke suatu tempat (per­kara, titik, dll): Malaysia ~ ekonominya kpd pengeluaran getah dan bijih timah; apabila menjadi khalifah ia meninggalkan perniagaannya dan ~ seluruh tenaganya utk mengembangkan agama Islam; sebahagian drpd kekuatan tentera dipusatkan di sempadan; terpusat diletakkan di bawah kawalan pusat: organisasi perniagaan dlm bentuk ~; pusatan ark pusat; pemusatan perbuatan memusatkan: Sultan Perak menentang ~ yg terlalu ditegaskan di Kuala Lumpur; ~ penduduk ke bandar-bandar besar berlaku sejak lepas Perang Dunia Kedua; ~ angkatan perang di sempadan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas