Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.sing] | ڤوسيڠ

Definisi : 1. bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ ber­putar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 12 kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur; berpusing-pusing 1. berputar-putar, ber­kisar-kisar, berpusar-pusar: perahu ~ dihempaskan ombak; ia dipukul pd kepalanya, ~ lalu rebah; 2. bergerak berkeliling: helikopter ~ di udara mengakap; berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi; memusing memutar: ~ skru; ~ jarum jam; memusingkan 1. menjadikan berpusing, me­mutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang­-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, mem­bingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, me­ngendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain; terpusing-pusing bergerak (hanyut, jatuh, terbang, dll) tidak tentu hala: beberapa hari mereka ~ jauh di tengah laut; pusingan 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak; perpusingan 1. perkisaran, perkitaran, perputaran; 2. perihal berpusing-pusing (perkara dll); pemusingan perbuatan memusingkan, pemutaran; pemusing 1. Id alat atau mesin yg menggunakan tenaga pusingan; 2. sesuatu yg digunakan utk memusing, alat pemutar (obeng dll); 3. ark orang yg bersifat putar belit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.sing] | ڤوسيڠ

Definisi : 1 sakit (bkn kepala); pening: Kepalanya ~. 2 tidak dpt berfikir dgn baik; bingung: Saya sampai ~ kerana tidak dpt menyelesaikan masalah ini. berpusing 1 bergerak berkeliling; berlegar: Setengah jam lamanya, kapal terbang itu ~ di atas bandar Kuala Lumpur sebelum mendarat di Subang. Selepas ~ di Kuala Lumpur, kami balik semula ke Kelang. 2 bergerak di atas paksinya sendiri (bkn roda, gasing dll); berputar; berkisar: Kipas itu ~ dgn ligatnya. memusingkan 1 menjadikan berpusing: ~ gasing; ~ wang menjadikan wang berpusing (mis digunakan utk membeli barang dan menjualnya kembali dgn harga yg lebih tinggi) utk mendapatkan keuntungan; memperniagakan. 2 = ~ kepala menyebabkan kepala jadi pusing; memeningkan: Hitungan ini sungguh ~ kepalaku. 3 ki menjadikan tidak tentu arah; memutarbelitkan; menyusahkan: ~ undang-undang memutarbelitkan maksud undang-undang utk sesuatu tujuan. pusingan 1 gerakan berpusing; putaran: ~ kipas angin itu dpt dilajukan dan dpt pula diperlahankan. 2 bahagian tertentu dlm sesuatu permainan; babak: Muhammad Ali berjaya mengalahkan lawannya dlm 12 ~ saja. pemusingan perbuatan atau hal memusingkan sesuatu. pemusing alat dll yg digunakan utk memusingkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusing
Kata Terbitan : berpusing, berpusing-pusing, memusingkan, pusingan, pemusingan,

Puisi
 

Pulau Kuraman pusing keliling,
     Saya mari Pulau Labuan;
Sepuluh zaman pusing keliling,
     Baru berjumpa adindalah tuan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Seperti lalat buta.

Bermaksud :

Terpusing-pusing tiada tentu arah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kucing berakkan rambut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
round and roundadv & prep berpusing-pusing, berputar-putar: the wheel went ~, roda itu berpusing-pusing; his thoughts were going ~ in his head, fikirannya berpusing-pusing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
circuitousadj 1. berpusing-pusing: they took a ~ route to avoid the traffic, mereka mengambil jalan yg berpusing-pusing utk mengelak drpd lalu lintas; 2. (fig.) berbelit-belit, berpusing-pusing: ~ in speech, bercakap berbelit-belit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swivel adj pusing; (tech) swivel: a ~ chair, kerusi pusing; a ~ joint, sendi swivel;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swill ~ around, berpusing-pusing dlm: the oil ~ed around the barrel, minyak berpusing-pusing dlm tong kayu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
giddilyadv dizzily, dlm keadaan /pusing (kepala), pening/: she staggered ~ round the room, dia berjalan terhuyung-hayang sekitar bilik itu dlm keadaan pusing kepala.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spin 3. seem to be whirling, reel, berpusing-pusing: the excitement of winning the prize made his head ~, seronoknya memenangi hadiah itu membuat kepalanya berpusing-pusing;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
giddyadj 1. dizzy, a. (terasa) berpusing, pusing kepala, pening; (when looking down from a great height) gayat, gamang: he felt ~ on the merry-go-round, dia pening semasa menaiki kuda pusing; heights make me feel ~, saya gayat apabila berada di tempat tinggi; b. (fig.) mabuk: winning one Oscar after another made him really ~ with success, memenangi Oskar demi Oskar membuat dia betul-betul mabuk dgn kejayaan; 2. causing dizziness, a. membuat [sso] /terasa berpusing, pusing kepala, pening/; (when one looks down from a great height) membuat [sso] /gayat, gamang/: a ~ climb to the top of the mast, memanjat ke puncak tiang layar membuat saya gayat; b. (fig.) memabukkan: ~ triumphs that did not last, kemenangan yg memabukkan yg tdk kekal; 3. (old-fashioned) flighty, gila-gila: that ~ girl, gadis yg gila-gila itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
turnover3. rate at which stock is sold and replenished, (kadar) pusing ganti: a retail store with a large ~, kedai runcit yg tinggi kadar pusing gantinya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swim 3. seem to revolve or spin round, kelihatan berpusing(-pusing): suddenly the room began to ~ before her eyes, tiba-tiba bilik itu kelihatan berpusing-pusing di depan matanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
turnover2. amount of business done in terms of money, pusing ganti: the store has a ~ of more than $1, 000,000 a year, kedai itu mempunyai pusing ganti lebih drpd $1,000,000 setahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas