Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.sing] | ڤوسيڠ

Definisi : 1. bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ ber­putar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 12 kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur; berpusing-pusing 1. berputar-putar, ber­kisar-kisar, berpusar-pusar: perahu ~ dihempaskan ombak; ia dipukul pd kepalanya, ~ lalu rebah; 2. bergerak berkeliling: helikopter ~ di udara mengakap; berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi; memusing memutar: ~ skru; ~ jarum jam; memusingkan 1. menjadikan berpusing, me­mutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang­-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, mem­bingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, me­ngendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain; terpusing-pusing bergerak (hanyut, jatuh, terbang, dll) tidak tentu hala: beberapa hari mereka ~ jauh di tengah laut; pusingan 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak; perpusingan 1. perkisaran, perkitaran, perputaran; 2. perihal berpusing-pusing (perkara dll); pemusingan perbuatan memusingkan, pemutaran; pemusing 1. Id alat atau mesin yg menggunakan tenaga pusingan; 2. sesuatu yg digunakan utk memusing, alat pemutar (obeng dll); 3. ark orang yg bersifat putar belit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.sing] | ڤوسيڠ

Definisi : 1 sakit (bkn kepala); pening: Kepalanya ~. 2 tidak dpt berfikir dgn baik; bingung: Saya sampai ~ kerana tidak dpt menyelesaikan masalah ini. berpusing 1 bergerak berkeliling; berlegar: Setengah jam lamanya, kapal terbang itu ~ di atas bandar Kuala Lumpur sebelum mendarat di Subang. Selepas ~ di Kuala Lumpur, kami balik semula ke Kelang. 2 bergerak di atas paksinya sendiri (bkn roda, gasing dll); berputar; berkisar: Kipas itu ~ dgn ligatnya. memusingkan 1 menjadikan berpusing: ~ gasing; ~ wang menjadikan wang berpusing (mis digunakan utk membeli barang dan menjualnya kembali dgn harga yg lebih tinggi) utk mendapatkan keuntungan; memperniagakan. 2 = ~ kepala menyebabkan kepala jadi pusing; memeningkan: Hitungan ini sungguh ~ kepalaku. 3 ki menjadikan tidak tentu arah; memutarbelitkan; menyusahkan: ~ undang-undang memutarbelitkan maksud undang-undang utk sesuatu tujuan. pusingan 1 gerakan berpusing; putaran: ~ kipas angin itu dpt dilajukan dan dpt pula diperlahankan. 2 bahagian tertentu dlm sesuatu permainan; babak: Muhammad Ali berjaya mengalahkan lawannya dlm 12 ~ saja. pemusingan perbuatan atau hal memusingkan sesuatu. pemusing alat dll yg digunakan utk memusingkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusing
Kata Terbitan : berpusing, berpusing-pusing, memusingkan, pusingan, pemusingan,

Puisi
 

Pulau Kuraman pusing keliling,
     Saya mari Pulau Labuan;
Sepuluh zaman pusing keliling,
     Baru berjumpa adindalah tuan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Seperti lalat buta.

Bermaksud :

Terpusing-pusing tiada tentu arah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kucing berakkan rambut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
turnover rationisbah pusing gantinisbah pusing gantinisbah pusing gantiEkonomi
total asset turnoverpusing ganti aset totalpusing ganti aset totalpusing ganti aset totalEkonomi
fixed asset turnoverpusing ganti aset tetappusing ganti aset tetappusing ganti aset tetapEkonomi
rumen turnover ratelaju pusing ganti rumenkadar pusing ganti rumenkadar pusing ganti rumenPenternakan
inventory turn-over rationisbah pusing ganti inventorinisbah pusing ganti inventorinisbah pusing ganti inventoriEkonomi
overturnterlangkuppusing gerakpusing gerakPerhutanan
turnaround documentdokumen perputarandokumen pusing balikdokumen pusing balikTeknologi Maklumat
turnaround timewaktu perputaranmasa pusing balikmasa pusing balikTeknologi Maklumat
turnover taxespajak perputarancukai pusing ganticukai pusing gantiEkonomi
circumulunar orbitorbit lingkar bulanorbit pusing-lunarorbit pusing-lunarAeroangkasa
12

Kembali ke atas