Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pus.ta.ka] | ڤوستاک

Definisi : 1. sl kitab, buku; 2. kitab ramalan, perimbon; taman ~ = balai ~ a) tempat sim­panan (persediaan) buku-buku utk digunakan; b) = perpustakaan kumpulan buku (bacaan dll); 3. (Komp) kumpulan atur cara, rutin, atau subrutin yg disimpan secara tersusun dlm storan utk kegunaan pengguna atau atur cara lain; perpustakaan 1. kumpulan buku (bacaan dll); 2. bangunan (bilik dll) yg mengumpulkan buku-buku (utk bacaan dll); 3. = kepustakaan kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan; ~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat umum (orang ramai); ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan kenderaan); kepustakaan 1. kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan; 2. senarai buku yg dipakai utk mengarang dll, bibliografi; 3. semua buku (terbitan, hasil karya, dsb) tentang sesuatu bidang ilmu pengetahuan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pus.ta.ka] | ڤوستاک

Definisi : 1 kumpulan kertas yg dijilid; buku; kitab. 2 buku yg berisi ramalan. perpustakaan 1 kumpulan buku atau bahan bacaan. 2 bangunan atau tempat mengumpulkan bahan-bahan bacaan. ~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat umum atau orang ramai. ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan kenderaan). pustakawan orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam ttg perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan; ahli perpustakaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pustaka (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan kitab, buku;,
Kata Terbitan : perpustakaan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
PustakaAde PutragongDewan Budaya1 September 2005
Pustaka di tengah keriuhan kotaMuhammad Haji SallehDewan Sastera1 December 2008
Pustaka warisan bangsaRazali Che MatDewan Siswa1 March 1997
Pustaka Peringatan P. RamleeZainal RahmanMastika1 May 1984
Pustaka Peringatan/P. RamleePyanhabibMastika1 May 1984
Balai PustakaTiadaMastika1 September 1956
Rumah PustakaNik Rasani HassanDewan Sastera1 July 1989
Syria pustaka tamadun duniaNazel Hashim MohamadDewan Budaya1 August 2004
Pujangga Balai Pustaka?Yasnida YaakubMastika1 October 1979
Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia dan Pusat Bahasa, Indonesia - ibarat pelanduk serupaShariffulizan MalekDewan Bahasa1 March 2007
12345678910...

Kembali ke atas