Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.su] | ڤوسو

Definisi : ark busut, longgok, timbunan; pongsu I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.su] | ڤوسو

Definisi : kelompok; berpusu, berpusu-pusu berkelompok-kelompok, berduyun-duyun: orang ~ berdiri di kaki lima; askar Jepun berpusu-pusu menaiki kereta api. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.su] | ڤوسو

Definisi : Mn kusut atau berterbangan ke sana sini (asap, kekabu, rambut, dll): ia menyapu-nyapu rambut anaknya yg ~ kerana angin; asap rokok mula berpusu-pusu dr mulutnya; fikiran yg berpusu-pusu fikiran yg kusut; lari berpusu-pusu lari ke mana-mana tidak tentu hala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.su] | ڤوسو

Definisi : ; berpusu-pusu berkerumun atau bergerak beramai-ramai; berduyun-duyun: Orang ramai ~ menaiki kereta api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pusu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
surge protectorpelindung pusuSosiologiTiadaAlat untuk melindungi daripada kerosakan arus pusu.
surge diverterpelencong pusuSosiologiTiadaAlat yang dapat melencongkan kesan arus pusu.
surge pressuretekanan pusuKejuruteraanTiadaTambahan tekanan cecair secara mendadak di dalam saluran paip yang disebabkan oleh perubahan halaju yang mengejut.
surge losshilangan pusuKejuruteraanPetroleumAliran bendalir berserta pepejal yang terjadi pada tahap awal penurasan bendalir penggerudian. Aliran ini terjadi sebelum pori-pori tersumbat dan sebelum terbentuknya kek turas.
shellcangkerangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKulit luar yang keras pada haiwan moluska. Cangkerang yang digunakan oleh masyarakat prasejarah diambil daripada laut dan pesisir pantai. Cangkerang digunakan sebagai alat pertukaran, alatan memotong (beliung dan pahat), perhiasan diri seperti manik, ikatan pinggang, kalung dan gelang tangan serta bekal pengebumian. Jenis cangkerang yang kerap digunakan oleh masyarakat prasejarah di Malaysia terdiri daripada nautilus pompilus prinna, cuprae, anadara granosa, tridacna dan argyrostoma, Antara tapak yang pernah ditemui alatan cangkerang adalah di Gol Ba�it dan Kuala Selinsing (Perak), Gua Cha dan Gua Musang (Kelantan), Pusu Lata (Sabah) dan Gua Upusing dan Lobang Tulang, Gua Niah (Sarawak).
secondary burial jarperkuburan tajau sekunderArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPenguburan kali kedua yang menggunakan tempayan tanah. Perkuburan tajau sekunder paling awal di Asia Tenggara ialah di Gua Niah (Sarawak) yang berusia sekitar 2000 SM. Tempayan tanah ini digunakan untuk tujuan pembakaran rangka mayat. Pada waktu yang sama terdapat juga lebih daripada seorang individu dikuburkan secara bersama-sama, tetapi ini jarang berlaku. Bekal pengebumian yang kerap ditemui pada perkuburan tajau sekunder ini ialah tembikar tanah dwimuncung, dipercayai digunakan untuk tujuan ritual semasa penguburan. Ketika Zaman Logam dan seterusnya, pembakaran mayat tidak dilakukan lagi, tetapi tempayan tanah diisi dengan tulang manusia sahaja. Bekal pengebumian yang kerap ditemui terdiri daripada beliung batu, objek logam, gangsa, pisau besi dan manik kaca. Perkembangan penguburan ini berakhir sekitar 1000 tahun di Sabah sementara di Sarawak sekitar zaman sejarah kerana pernah ditemui tempayan tembikar batu China yang menggantikan tempayan tanah tempatan. Antara tapak penemuan di Bukit Tengkorak, Pusu Lumut, dan Hagop Bilo (Sabah) dan Upiusing, Lubang Tulang, Lubang Jeragan (Gua Niah) Sarawak. Di Semenanjung, tapak penemuan ditemui di Kampung Limbongan (Terengganu) pada 1985 bertarikh sekitar 1000 tahun dengan bekal pengebumian manik emas.

Kembali ke atas