flywheel | roda tenaga | Mekanik | Gunaan | Cakera yang digunakan untuk menyimpan tenaga putaran melalui putaran cakera itu. roda ini dipasangkan pada aci untuk menambahkan nilai momen sifatekun yang terlibat dengan putaran aci itu. Peranan utama roda tenaga ialah untuk mengurangkan perubahan halaju sudut apabila kuasa yang memutar aci itu berubah dengan tiba-tiba. |
revolution per minute | putaran per minit | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bilangan pusingan aci engkol dalam masa satu minit. Putaran ini mewakili kelajuan putaran enjin dan ditunjukkan pada papan pemuka secara elektronik atau tolok dail. Unit ini biasanya ditanda sebagai rpm. Singkatan RPM. |
crankshaft | aci engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang menukarkan gerakan salingan omboh kepada gerakan putaran. Fungsi utama gerakan putaran ini adalah untuk memacu kenderaan. Gerakan putaran ini juga digunakan untuk menjalankan komponen asas dan aksesori piawai enjin. Aci engkol dihubungkan dengan omboh melalui rod penyambung dengan jarak kesipian yang bersamaan dengan setengah lejang. Aturan kesipian ditentukan mengikut bilangan silinder dan jujukan nyalaan. Gerakan putaran ini diimbangi pemberat imbang yang merupakan sebahagian daripada aci engkol yang bertujuan memastikan keseimbangan dinamiknya. Aci engkol diperbuat daripada keluli melalui proses penuangan atau tempaan. Lihat juga cemat engkol. |
restricted internal rotation | putaran dalaman terbatas; putaran dalam tersekat | Fizik | Tiada | Tiada |
restricted internal rotation | putaran dalaman terbatas; putaran dalam tersekat | Kimia | Tiada | Tiada |
rotation | putaran | Mekanik | Gunaan | Gerakan jasad yang melibatkan perubahan kedudukan sudut bagi garis pada jasad itu. kadar putaran terhadap masa dinamai halaju sudut dan kadar perubahan halaju sudut dinamai pecutan sudut. Gagasan putaran tidak wujud untuk zarah. Antara jenis-jenis putaran termasuklah egahan, liukan dan mejaman. |
stellar rotation | putaran najam | Matematik | Tiada | Putaran paksi bintang yang halaju khatulistiwa putaran permukaannya di antara beberapa kilometer hingga 500 kilometer sesaat. |
optical rotation | putaran optik | Fizik | Optik | Putaran satah pengutuban bagi cahaya terkutub satah atau putaran paksi utama elips pengutuban bagi cahaya terkutub secara elips yang disebabkan oleh pemancaran melalui bahan atau medium. |
synchronous rotation | putaran segerak | Matematik | Tiada | Putaran satelit tabii yang dikelilingi jasad primer dengan kala putaran yang sama dengan kala orbitnya. |
galactic rotation | putaran galaksi | Matematik | Tiada | Putaran Bimasakti di pusatnya, dan sedikit sebanyak semua komponennya turut juga terlibat dalam putaran ini. |