Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.tat] | ڤوتت

Definisi : sj tumbuhan; jenis-jenisnya: ~ air sj tumbuhan (pokok), Barringtonia conoidea; ~ darat = ~ bukit = ~ gajah = ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Barringtonia sumatrana; ~ gajah = ~ hutan = ~ tuba sj tumbuhan (pokok), Barringtonia scortechini; ~ hutan = ~ bukit putih = ~ darah = ~ gajah = ~ talang sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia macrostachya; ~ kampung = ~ darat = ~ kedul = ~ padi sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia racemosa; ~ laut = ~ air = ~ gajah sj tumbuhan (pokok), peratun, Barringtonia asiatica; ~ gajah sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia fusiformis; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mentadu, akar telur bujuk, dagan, dagum, serapat akar, telinak, Gnetum tenuifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata putat

Puisi
 

Pucuk putat di hujung kayu,
     Pucuk pauh baru nak kembang;
Duduk dekat berhati malu,
     Duduk jauh berhati bimbang.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPucuk putat layu, Pucuk pauh kembang; Duduk dekat malu, Duduk jauh bimbang.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk putat di hujung kayu, Pucuk pauh baru nak kembang; Duduk dekat berhati malu, Duduk jauh berhati bimbang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah putat kukata ulam, Bukanlah ulam kulari pulang; Adinda pucat kukata demam, Bukannya demam di hati yang pulang.
Kurik Kundi Merah SagaCik Hassan mudik ke Bentong, Singgah memetik buah putat; Nasib badan tidak beruntung, Ikan digulai habis melompat.

Kembali ke atas